Assalamualaikum.....
Pagi ni akak agak blurr sebab masih mengantuk. Rasa nk sendal je batang mancis kat kelopak mata akak ni. Semalam akak dah tido awal2.. lepas ngajar budak Ariff buat matematik, Alisha duk mengamuk nak keluar tengok tv. Akak marah dia... dia nangis meleret2 samaila tertido. Bila Alisha mengamuk tu, tandanya Ariff dah boleh stop buat latihan.. akak tak terdaya nak mengajar sambil nak memujuk budak Alisha. So Budak Ariff dan Aisyah akak bagi kelonggaran main kaler2 buku baru yang beli kat kedai RM2. Tapi still dorang tak keluar bilik la.. dorang mana berani nak keluar tengok tv kalau akak tak ikut sekali. Lepas Alisha dah lelap, aku pun apa lagi, join la dia tido sekali. Syok2 tido, Aisyah pulak kaco cakap dia lapor. Ajak dorang pegi dapur amik sweet corn yang beli petang tadi. Mujur ada benda tu. Dorang makan tak luak pun.. akak pulak yang jadi tukang perabihkan.. Dah cakap kat budak2 ni, since mlm ni makan swert corn tak habis, ibu upset... next time ibu tanak beli dah... takde respon pun dari budak2 tu. Ok, fine...Siap makan, kerah dorang pegi masuk tido.
Akak actully tido lewat semalam. Bapak dorang pegi repair kereta tak balik2. Akak duk risau sebab pintu pagar tak kunci lagi + akak takut. Risau jugak la kot perompak datang serbu rumah akak memalam yang sunyi ni.. dah la kejiranan akak ni agak sunyi sepi memalam ni. Bunyi motor ke keta lalu depan rumah pun takde. Pkl 12 akak wasap suami... dia cakap lambat lagi. Ok, next pkl 1, akak tersedar lagi, wasap lagi suami tanya pkl brp nak balik.. dia tak tahu pkl brp boleh settle. Ok.... tido2 ayam. Pkl 3 pagi, akak dgr suami balik. Ok baru boleh tido dgn aman..... Thats why akak mengantuk pagi ni. Geram je nak ttup pintu dan tido senyap2 dalam bilik kat ofis ni. Tapi takleh la buat camtu kannn...takkk baekkk
Actually, akak tak capai lagi target file. Atfirst, akak ingat 24 file jek, so akak relax la sebab setakat 24 file tu akak confem akak boleh dapatnye.. tuptup, bos akak bagitahu sorang pegawai kena settlekan 36 file. Alamak.. masa lagi 2 bulan mana nak sempat. So start 2 bulan lepas tu memang akak struggle la sket nak achieve target. But, at this moment akak dah pasrah.. mungkin akak akan achieve 34 file je. Redha.... .... ...
Sekarang ni akak dah jarang kot upload gambar dekat sini sebab akak takde nak amik gambar sangat budak2 ni. Hp tu lepas balik keje akak dah kena sorok sebab masing2 tak boleh tangok hp nanti dorang akan jadi beast. Mengamok + bergadoh adik beradik duk berebutkan hp akak yang satu. Dah siap ada calar dh kat screen hp akak. Memang takde peluang la nk capture moment2 yng best.
Anak2 pulak, lepas makan malam akak akan kerah masuk bilik buat latihan. Memang akak stressed kat Ariff la sebab dia dah nak masuk dajah satu tahun depan. Dengan baca tergagap2, tulis nombor pun terbalik lagi. Tanakla nnti duk kelas corot. Sekarang ni budak2 tu dah boleh terima, lepas makan dah kena tinggalkan tv dan masuk bilik buat latihan. alhamdulillah. Kadang2 kalau belah malam kami keluar contoh pegi umah nenek dia ke, keluar beli barang, balik tu dah lewat.. memang akak akan skip la sesi latihan tu. Sebelum tido tu Ariff akan tanya akak, " Ibu, kita belum buat latihan / membaca lagi malam ni" . Sejuk hati akak dengar bila Ariff yg ingatkan akak. Just bagitau dia, takpe kita buat esok jek.
Cuma bab solat je akak masih mencuba. Biasa solat Maghrib memang kerap dia akan solat dgn akak. Isyak yang dia susah sikit nak lekat sebab akak solat lewat malam. InshaAllah, akak kena kuatkan semangat utk dorang.