Thursday, November 29, 2018

Selamat Hari lahir Kekasih Kami Nabi Muhammad SAW

Selamat Hari Lahir Ya RasulAllah...
Betapa kami merindui untuk bertemumu Ya RasulAllah
Semoga Kami berada dikalangan umat2mu. 
Amin

Aisyah ikut Ibu datang ofis

Hari Khamis 29/11/2018.

Aisyah ikut Ibu datang pejabat sebab daycare dia tutup sempena cuti peristiwa. Ntah peristiwa menda. Tak tahu mana nak campak budak ni, maka bawak la dia ke pejabat. 

Antara ramai2, Aisyah paling senang, paling tak mengaco kalu datang ofis. Klu Ariff dia agresif. Selalu nak keluar jek. Lepas tu berlari sorang2 kat luar. Ibu takut mengganggu orang lain aje. 

Alisha Sarah pulak, dia la paling mengacau. Dia pun ada jugak2 keluar mencari perhatian orang, tapi masa dia datang tempoh hari office mate Ibu takde jadi Ibu lega la sikit. Tau2 la Alisha tu mana boleh disekat2 nanti mengamuk. 

Aisyah sebelum datang ofis, Ibu dah pesan siap2. Duk dalam bilik je. Jgn duk keluar masuk bilik nanti kawan Ibu taksuka. Dan nampakknya dia memang menghabiskan masa dalam bilik bermain dgn alatulis yang dia takpenah jumpa. Main cop.. main puncher, main stapler. Kagum sangat dia dengan barang2 yang takpenah main tu. End up, bilik Ibu bersepah2 dgn sisa kertas puncher tu. 

Hari ni tadika Alisha dan Aliyah ada jamuan makan. Ibu hanya bekalkan ke pisang jek. Ok la dari tangan kosong... masing2 kemain pakai baju raya. Sampai Aisyah pun mengamuk nak pakai baju kurung jugak. Tapi pujuk2, ok la dia pakai tshirt dan seluar. Tapi yang baru punya beb.. baru keluar plastik. 

Gambar Alisha ni masa dia datang ofis Ibu dalam bulan Oktober lepas

Pakai gaun kak Alisha. Saya punya Ibu tak beli pun

Ni pun masa Alisha datang ofis Ibu dalam bulan Oktober lepas









Wednesday, November 28, 2018

Breakfast dengan Ariff

Hai anak2.

Bang Ariff ingat ke cuti sekolah hujung tahun bang Ariff camne?? 

Hari ni hari Selasa. Ibu keje half day ke hari ni sebab tengahari ni Ibu nak bawk Aliyah ke klinik untuk monthly check up.  

Cuti sekolah ni Abang Ariff stay kat nursery Baby Aliyah. Pagi2 sebelum ke nursery Ibu akan bawak bag Ariff breakfast dulu sebab kat nursery takde sediakan breakfast. Ahad 25/11/18, Ariff datang dgn Abah sebab Ariff dari rumah kita, Ibu datang dengan Aliyah sebab Ibu dari rumah Tok Mek. So, Ibu just tinggalkan biskut dengan air kotak coklat je untuk Bang Ariff breakfast sebab Ibu tahu Ariff mesti perut kosong pagi tu. Abah cambiasa la, dah tebiat dia suka buat kerja last minute then dia akan kelam kabut setiap pagi kerana kelewatan. Dan biasanya dia tak kan ada masa nak amik tahu anak2 nak makan apa untuk alas perut. Biasa la Abah. 

Isnin 26/11/2018, Ibu tak sempat bawak Abang Ariff breakfast sebab Ibu ada meeting pukul 9. Just bekalkan Abg Ariff biskut dan air kotak sahaja. Tengahari abang Ariff cakap dia makan roti canai sahaja. 

Selasa 27/11/2018 iaitu semalam, Ibu bawak Ariff makan kat KFC. Dah lama Ariff nak makan mac & cheese. So, Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat dia nak makan macaroni. Ibu plak makan zinger burger tak silap. Mula2 makan, air tea tumpah atas tisu... masa nak makan burger tiba2 telur kuning tak separuh masak meleleh kat tangan dan bertitik2 atas meja. Fine, ibu lap dan sambung makan. Dan bila dan tinggal sikit lagi, tiba2 ayam burger jatuh dalam air kopi Ibu. Allahuakbar... kenapa la makan ibu tak lancar pagi ni?? tengahari pulak Abang Ariff cuma makan bubur nasi. 

Hari ni, hari Rabu 28/11/2018, Ibu bawak Abang Ariff makan roti canai kat area nursery Ariff. Ibu dah bekalkan Ariff dengan air kotak coklat dan nugget. Kot2 Ariff lapar duk nursery nanti.Tengahari ni Inshallah ibu akan ambik Ariff dan Aliyah awal skit nak bawak ke klinik. 


Esok 29/11/2018, InsaAllah, ibu bawak Ariff makan nasi berlauk pulak.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

Sunday, November 25, 2018

Ariff and Aisyah ke Kuala Lumpur

Cuti sekolah dah bermula.
Ibu dah dua hari tak jumpa Ariff dan Aisyah. Jumaat lepas, Ariff dan Aisyah ikut abah ke KL, Ibu dan adik Aliyah serta Alisha balik rumah Tok Mek. Abah ada ajak Ibu join sekali ke KL tapi Ibu tanak pergi sebab hari ni Ibu kerja. Dalam masa yang sama, Ibu nak berjimat sebab bulan ni Ibu nak membayar yuran sekolah Aisyah dan Alisha. Dalam bulan ni jugak Ibu nak bayar insurans baru utk Ibu dan anak2 ibu. So, Ibu really need to save money for all this expenses. Kalo Ibu pegi KL, rasanya balik dari KL Ibu dah kena puasa sebulan. 

Tak pe kids, nanti Ibu plan elok2..soon kita pegi holiday ok... Atleast a bit proper and organize with a itinerary. Macam abah ni dia nak gi KL sebab nk bawakkan Ayah dia pegi convo Makde. Abah takde plan nak pegi mana2... stay kat mana2 sebab ni lastminute planning. And Ibu hate immediate planning like this sebab nanti Ibu akan kelam kabut mngemas and this is so tiring... ibu perlu masa utk fikir baju, alatan anak,... and all A to Z is on my responsibility. Abah takpe la, just packing baju dia je. Then, due to that Ibu akan kepenatan and Ibu hate that. Before this, for a long holiday, Ibu will take a few days to mengemas baju dan barang and Ibu akan ada list so tht takda barang yang tertinggal. Disebabkan itu Ibu terpaksa menolak untuk ke KL walaupun Ibu berat hati tengok Ariff, Aisyah dan Abah je ke KL. Then Ibu balik rumah TokMek. 

So, during in KL Abg Ariff and Kak Aisyah went to Zoo Negara, if u still can remember.  And Alisha and Aliyah playing with cousins.. and she really enjoyed tht moment so much.





This morning, Ibu bertolak dari umah Tok Mek and Abah dari rumah kita. 

Cant wait to see u after works. 


Thursday, November 22, 2018

Ariff kena refer to HRPZ. Big Why??

Pagi ni sebelum mula kerja, tiba2 ada wasap dalam group kelas Ariff. Cikgu Ariff post gambar ni.

Ibu dah terkejut. Kenapa Ariff kena refer HRPZ? Selama ni Ariff tak sihat ke? Ibu takde la tunjuk kepanikan Ibu dalam group wasap kelas Ariff tu. Tapi Ibu cuma risau la... kenapa dengan anak aku selama ni? Ya Allah Ariff ada penyakit apa plak ni??

Tadi dalam dewan masa sambutan Maulidur Rasul pun Ibu takleh nak fokus mana dgr Ustaz bagi takirah. Ibu lebih duk fikirkan Ariff je. Mohon jauhkan Ariff dari penyakit2 yang merbahaya. 

Lepas ceramah, terus Ibu pergi sekolah Ariff. Nak jumpa Ustazah Rokiah. Tapi Ustazah Rokiah pun tak tahu kenapa sebab dia pun tak baca kandungan surat reference tu. 

Ibu suruh adik praktikal kat tempat kerja Ibu tanyakan kakak ipar dia yang keje doktor. Tapi bila ibu baca yang MO tu tulis,dengan tiada ilmu perubatan.. Ibu rasa macam takdela berat mana pun. Undescended testis. Tadi adik praktikal tu dah respon, kakak ipar dia cakap, kes Ariff ni telur tiada dalam sarung testis dan biasanya kena operate. Tak bahaya. Fuhh... walaupun still kena operate Ibu still bersyukur masalah Ariff ni tak besar mana pun. Alhamdulillah... syukur Ya Allah
Ini cikgu kelas Ariff. Suh bergambar dengan Ustazah Rokiah memandangkan hari ni last day sekolah. Ni la cikgu awak masa darjah 1 tauuuu... Ingat2 la jasa cikgu mengajar awak, Ariff! 

Itu je cerita ibu di hari Khamis ni. Sekian. 

Wednesday, November 21, 2018

Cerita tentang Tok Ayah dan Tok Mek, Ibu dan Abah

Ibu just had a fight with abah this evening.

Then, simultaneously ibu teringat kat Tok Mek dan Tok Ayah kat kampung. How close and how sweet they are. Tok Ayah next two days will be 70 years old and Tok Mek now is 59 yrs old but they still sweet and close, really care to each other, sharing story to each other, and they are perfectly match. Their marriage almost cecah 40 yrs..

At that age, Ibu truly happy and blessed tht they still healthy even sometimes not feeling well. They still strong to go to masjid and join religion ceremony, and Tok Ayah still repair motorcycle and every weekend go to kebun or ladang utk meracun or menebas. Tok Ayah really active. Tok Mek easily get tired bcos she has a diabetes.

At this moment Ibu very grateful and thankful to Allah tht my parents is still healthy and Ibu just doa tht they will always healthy untill their last breath. Ibu know, time for Tok Ayah and Tok Mek already short. Ibu just really pray for thier long life. And  ibu really want to spend as much time with them, make them happy.

Even right now umur ibu will be 37 yrs old and already had 4 kids but still need them as much u all need me. Tok Mek still treat ibu like a kid.

How ibu wish ibu can be like Tok Ayah and Tok Mek. But our marriage is so green, still less than 10 years. 

Anak2, whatever will happen between Ibu and Abah, will give u an impact. Ibu knows.. but Ibu will bertahan as long ibu can. Whatever happen is not because of ibu or because of abah. But it because of us. There must be a reason why Allah bring us together as a husband and wife. Ibu never regret but..... if ibu can turn back time, Ibu will avoid from get close to your father. At the beginning, Ibu already told him that Ibu not interested to know him and Ibu dont want to have any special relationship with him. 

The only things that can make me sad and tired is your father. 

Financial and workloads never make me stress or tension. But ur father did. 

Kids, just remember that Ibu loves all of you with all my hearts. I love u all to the moon and back. 


Monday, November 19, 2018

We do need money. But money is not everything.

Sudah kita lupakan pasal bebelan tadi. Ibu nak posting pasal topik lain pulak. 

You know kids, akhir2 tahun camni sibuk ada jualan murah sana sini. Currently ada sales Black friday for those yang suka beli barang2 branded dr overseas. Ibu pun suka shopping kalau ada ada duit berkepok2. But, currently my money is really for our necessity only. Ibu have to save for Aisyah and Alisha school fee 2019, and also to buy Abang Ariff's preparation for school. We need to use a lot of money soon. 

Then Ibu also want to setup saving acc and monthly deduction in Tabung Haji for Aliyah because she the one who still dont have Tabung Haji acc. Then Ibu in plan tu set up SSPNi for Abang Ariff before next year. 

So, ibu pendamkan je la minat dan hobi ibu yang suka shopping. Besides, keperluan ibu semua dah complete. Kehendak ibu also dah ada semua, mungkin dan berlebih2 dah. Kalau nak ikutkan nafsu berbelanja, selalu je tak cukup. Ade je nak beli itu dan ini. Tengok macam lipstik ni, mentang2 ada duit memacam ibu kale ibu beli...last2 ibu duk guna lipice je. Ni pun dah banyak ibu bagi makcik dan tokmek.
Ni pulak kasut2 yang dibeli yang masih tak dipakai. Sebabnya ibu terbeli saiz yang besar. nak kena tunggu Abang Ariff dan kak Aisyah besar dulu baru boleh bagi kasut ni. Kasut ibu tu ibu plan nak jual sebab tak selesa dipakai. Ini antara barang2 kehendak ibu yang dibeli ketika duit agak berlebihan. Membazir je kan. 

Ibu perasan, anak2 ibu semua suka berbelanja. Mungkin dah terbiasa keluar shopping barang rumah, boleh amik je apa yang nak. Dah terbiasa bawak u all pegi 7E or convenience store or kedai runcit bagi je u all amik apa u nak. Tapi ada certain2 jugak bila u all nak amik barang yang mahal.. mmg ibuabah tak benarkan. The u all mengikut jek. Mungkin u all kecik lagi kot. Senang nak dipujuk tukar dengan benda lain. 

And kids please remember.. belanja biar berpada2 ok. Kita bukan datang dari keluarga hartawan. Diaorang duit tak habis guna tujuh keturunan. Kita pulok, kena berhempas pulas kerja nak cari duit and sometimes do extra job plak nak dapatkan duit extra ye anak2. 

Ibu perasan Abang Ariff suka sangat membeli dan abang Ariff tak cermat. Alatulis sekolah tiap hari hilang. Kaler setahun ada dekat 10 kotak beli.. Duit poket sekolah bukan beli makanan. Tapi duk beli bukan2 and lastly buang macam tu jek. Ariff memang tak beringat kalau membeli. Padahal masa ariff kecik2 dulu dia sangat sayang barang2. Tak tahu la nape Abang Ariff berubah.

Memang duit tu penting sangat but money is not everything. Jaga hubungan dengan Allah, InsyaAllah kita akan sentiasa rasa cukup. Ingat orang yang tak bernasib baik. Sedekah jangan duk tunjuk2 kat orang. Biar kita dengan Allah jek. InsyaAllah anak2 ibu akan rasa duit tu sentiasa cukup. 

Ibu berleter sikit pagi ni

Anak2..

Ibu nak berleter sikit pagi ni. It wasnt about u all. About other people but please take a lesson ok?

Yesterday, ada seorang hamba Allah, tanya Ibu... perasan tak muka cucu dia kat gambar senget. Ibu tengok biasa jek. Then dia cakap, dekat gambar satu lagi pun muka cucu dia nampak senget jugak. Ibu still cakap, mana ada senget. Mungkin  tekni ambik gambar kot yang sebabkan muka cucu dia senget. But she kept repeating yang muka cucu dia senget. 

Ibu tak tahu nak cakap apa. Then ibu cakap, orang tak perlu nak risau muka senget tapi sihat sejahtera. Yang orang perlu risaukan kalau cucu tu ada penyakit ke apa. Benda yang remeh camtu takyah duk besar2kan. Yang penting sihat tubuh badan tu yang kita nak. Ingat ye anak2.. kita manusia tak sempurna. 

Anak2 ibu pun ada kekurangan masing. Ariff gelap. Mata Aisyah sedikit juling. Alisha hidung tak mancung. Aliyah ibu tak perasan lagi. Ibu sendiri pun hidung pesek. Abah pun ada kurang dia. Tapi Ibu tak bising2 kat orang. Anak2 ibu kurang sikit takpe. Yang penting, anak2 ibu sihat tubuh, cerdik dan pintar. Selain itu Ibu nak anak2 ibu berbudi bahasa dan hormat orang tua. 

Luaran tak mencerminkan dalaman kita ye anak2. Please take note. Geram jugak ibu. 

Sunday, November 18, 2018

Cerita hari ni

Hai anak-anak ibu yang disayangi...

Hari ni bang Ariff cuti sekolah sempena cuti peristiwa.  Tak pasti ibu peristiwa apa yang berlaku kat sekolah Bang Ariff. Jadi, dihantar aje Bang Ariff ke rumah nenek sebab ibu kesian tengok dia kat nursery tanpa apa2 aktiviti.

Sempena abah pegi hantar bang Ariff ke rumah nenek, Ibu bertanggungjawab untuk menghantar Aisyah dan Alisha ke sekolah. Dalam kereta, masing2 request nak beli donut. So, berhentila ibu dengan terkocoh2 membeli donut untuk anak2. Dapat bonus nasi himpit lagi sebungkus sorang. Mujur baby Aliyah tak nangis. Kak Aisyah terus makan nasi himpit dalam kereta.

Subuh tadi, Ibu tersedar sebab dengar Kak Aisyah mcm merintih2 sebab dia kencing. Jadi Ibu kejutkan abah tengokkan Aisyah. Dalam hati ibu. " Kencing lagi.. baru je semalam bentang cadar baru. Dah la sekarang ni musim hujan. Nak membasuh pun kena pilih2 hari tau". tapi abah cakap Aisyah tak kencing pun. Mungkin dia ngigau la tu. Baru lepas tu jam loceng ibu bunyi. Tupun dan pukul 6.10 pagi. Lewat. Biasa jam bunyi pukul 6. Aisyah bangun basuh badan, salin seluar terus sambung tidor. Kemain selimut satu badan.

Anak2, hari ni ibu dapat pelajaran baru.

Jom kita amalkan

Sunhanallahiwabihamdih 100x sehari - dosa2nya akan dihapuskan walaupun sebanyak buih dilautan

Surah Al Mulk 1x sehari - Dapat melepaskan azab dikubur

Surah Qul HuallhuAhad 10x sehari - dapat bangunan/rumah/ perlindungan di syurga

Jomla anak2 kita sama2 mengumpul pahala untuk hari Akhirat kita. Ibu takde tinggalkan harta benda untuk anak2 ibu. Ibu cuma mampu tinggalkan pendidikan survive di dunia dan sebagai bekalan di akhirat kelak. 

Kak Aisyah dah berjaya cabut gigi pertama dia tanpa perlu ke klinik gigi. 

Alhamdulillah. 




Hujan Pagi

This morning hujan sangat lebat. Selebat2nya bila Ibu sampai kat pagar sekolah Abg Ariff and at the same time Baby Aliyah was crying so loud. Ibu had no choice. Ibu just left Aliyah in the car and accompanied Abg Ariff to the school with payung.

Baju Ibu basah lencun. Then ibu pegi hantar Aliyah kat nursery. Ibu felt really grateful that Allah make everything easy for Ibu. First, Ibu ada kereta and we a save from hujan and panas. Then, nursery Aliyah ada awning, so we didnt get wet. And Alhamdulillah, Ibu managed to arrive by 8am at the office.

So, right now, hujan dan stop. Alhamdulillah. First day of work for this week. Of course la ibu tak buat keje lagi. Ibu managed to update my akaun, my hutang piutang and all relating to money. Money matters gituww. Actually kids, money really matter in our life besides of love.

posting ini telah di taippada hari Rabu 14.11.2018


Thursday, November 8, 2018

Hi kids

Hi kids....

Starting from now on, Ibu will write based on perspective of a mother. 

Enjoy reading. Yang mana yang baik, jadikan panduan. Yang mana yang tak baik, just ignored ok???

Love u all. 

Ibu. 

Last day for AKAK, starting day for IBU

Petang semalam. Lagi 3 minit nak balik. Akak mencuri masa skit akak nak membebel. Then akak sambung lagi pagi ni selepas bacaan yasin. Every Thursday we recite Yasin before we start doing our works. 

Alhamdulillah. Akak dah sampai KPI akak and doesnt mean akak boleh rilex2. Akak masih buat keje. Akak lani tengah siapkan fail untuk tahun depan. Actually kalau file yang susah2 akak kena take a bit long time jadi kalau nak keluarkan 2 file sebulan ( fail yang susah) agak mustahil la. So, why not akak struggle awal sikit...

Akak nak bercerita. 

Tiba2 akak teringat majlis persaraan pengarah akak semalam. Semasa ucapan pembukaan, dia sebut sengsorang nama pegawai yang dia ingat... Of course la nama akak tak disebut even akak duk depan sekali. 

Throughout of my life,as I can remember... akak tak pernah jadi favourite sesapa. Never got any limelight from anyone. Bos ke, cikgu ke, lecturer ke or even kawan2...so apatah lagi pengarah. They were never notice akak. Akak kind of people who is very low profile, try to avoid any limelight and it maybe because of my personalities as well...

Pernah akak ingat.. during one perhimpunan staff kat dewan and akak sat at the first row and the director that time sat on the stage facing us. Then the majlis went very well and akak perasan that pengarah tengok kat akak then dia bisik dengan orang sebelah dia. Akak not remember dah sapa. But long after the majlis, ada kawan akak sampaikan... dia cakap. Pengarah tanya, akak ni siapa. Sebab dia tak penah nampak akak before. See?? how pathetic kan akak ni...

To be honest, sometimes akak rasa down jugak when akak actually orang tak perasan pun... akak ada ke takde sama saja. 

But I always persuade myself. Just be myself tak payah pretend and try to be like others. There are the strenghs and goodness behinds that. 

And after this akak will changed the panggilan AKAK to IBU. Just hoping my kids will read this blog when they grow up anf I want them to know what I feel inside taht I never told them. 

Sunday, November 4, 2018

Cerita akak untuk minggu ni

Akak rasa my life lately is a bit kucar kacir dan berterabur. After the phase of anak2 tak sihat, then akak nak catch up balik dgn apa yg akak tertinggal..so camni la jadinya akak. A fews days ni asyik bangun lambat. Then baby Aliyah is very very clingy. Dia boleh main dgn abang and kakak2 but if she saw me, terus dia tanak main dan mencari2 for akak. Hmmm... this week akak supposedly tak masak and focus on tidy up my house but for this two days; Friday akak masak for my MIL who got injured due to accident. Akak masak at rumah then we went to eat at MIL's house and we stay there until 10pm. So, on tht day akak do nothing and today husband and kids going back to MIL house and almost 12 anak2 kept telling tht they were hungry. Akak cepat2 masak nasik lemak cos akak tanak kids balik dgn keadaan lapar and not sure ada makanan ke idok kat sana. After kids and husband beredar, akak mmg tak dapat buat apa2 sebab Aliyah mmg menempel aje dgn akak. Bila dia tido akak tinggal je, tak sampai 5 minit terus dia jaga. Gerammmm... ingtkan nak minum hot coffee sambil makan coklat depan tv. Memang takde chance... and resultnya, umah akak tak berkemas la minggu ni.