Hai anak-anak ibu yang disayangi...
Hari ni bang Ariff cuti sekolah sempena cuti peristiwa. Tak pasti ibu peristiwa apa yang berlaku kat sekolah Bang Ariff. Jadi, dihantar aje Bang Ariff ke rumah nenek sebab ibu kesian tengok dia kat nursery tanpa apa2 aktiviti.
Sempena abah pegi hantar bang Ariff ke rumah nenek, Ibu bertanggungjawab untuk menghantar Aisyah dan Alisha ke sekolah. Dalam kereta, masing2 request nak beli donut. So, berhentila ibu dengan terkocoh2 membeli donut untuk anak2. Dapat bonus nasi himpit lagi sebungkus sorang. Mujur baby Aliyah tak nangis. Kak Aisyah terus makan nasi himpit dalam kereta.
Subuh tadi, Ibu tersedar sebab dengar Kak Aisyah mcm merintih2 sebab dia kencing. Jadi Ibu kejutkan abah tengokkan Aisyah. Dalam hati ibu. " Kencing lagi.. baru je semalam bentang cadar baru. Dah la sekarang ni musim hujan. Nak membasuh pun kena pilih2 hari tau". tapi abah cakap Aisyah tak kencing pun. Mungkin dia ngigau la tu. Baru lepas tu jam loceng ibu bunyi. Tupun dan pukul 6.10 pagi. Lewat. Biasa jam bunyi pukul 6. Aisyah bangun basuh badan, salin seluar terus sambung tidor. Kemain selimut satu badan.
Anak2, hari ni ibu dapat pelajaran baru.
Jom kita amalkan
Sunhanallahiwabihamdih 100x sehari - dosa2nya akan dihapuskan walaupun sebanyak buih dilautan
Surah Al Mulk 1x sehari - Dapat melepaskan azab dikubur
Surah Qul HuallhuAhad 10x sehari - dapat bangunan/rumah/ perlindungan di syurga
Jomla anak2 kita sama2 mengumpul pahala untuk hari Akhirat kita. Ibu takde tinggalkan harta benda untuk anak2 ibu. Ibu cuma mampu tinggalkan pendidikan survive di dunia dan sebagai bekalan di akhirat kelak.
Kak Aisyah dah berjaya cabut gigi pertama dia tanpa perlu ke klinik gigi.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment