Thursday, November 29, 2018

Aisyah ikut Ibu datang ofis

Hari Khamis 29/11/2018.

Aisyah ikut Ibu datang pejabat sebab daycare dia tutup sempena cuti peristiwa. Ntah peristiwa menda. Tak tahu mana nak campak budak ni, maka bawak la dia ke pejabat. 

Antara ramai2, Aisyah paling senang, paling tak mengaco kalu datang ofis. Klu Ariff dia agresif. Selalu nak keluar jek. Lepas tu berlari sorang2 kat luar. Ibu takut mengganggu orang lain aje. 

Alisha Sarah pulak, dia la paling mengacau. Dia pun ada jugak2 keluar mencari perhatian orang, tapi masa dia datang tempoh hari office mate Ibu takde jadi Ibu lega la sikit. Tau2 la Alisha tu mana boleh disekat2 nanti mengamuk. 

Aisyah sebelum datang ofis, Ibu dah pesan siap2. Duk dalam bilik je. Jgn duk keluar masuk bilik nanti kawan Ibu taksuka. Dan nampakknya dia memang menghabiskan masa dalam bilik bermain dgn alatulis yang dia takpenah jumpa. Main cop.. main puncher, main stapler. Kagum sangat dia dengan barang2 yang takpenah main tu. End up, bilik Ibu bersepah2 dgn sisa kertas puncher tu. 

Hari ni tadika Alisha dan Aliyah ada jamuan makan. Ibu hanya bekalkan ke pisang jek. Ok la dari tangan kosong... masing2 kemain pakai baju raya. Sampai Aisyah pun mengamuk nak pakai baju kurung jugak. Tapi pujuk2, ok la dia pakai tshirt dan seluar. Tapi yang baru punya beb.. baru keluar plastik. 

Gambar Alisha ni masa dia datang ofis Ibu dalam bulan Oktober lepas

Pakai gaun kak Alisha. Saya punya Ibu tak beli pun

Ni pun masa Alisha datang ofis Ibu dalam bulan Oktober lepas









No comments:

Post a Comment