Hai anak2.
Bang Ariff ingat ke cuti sekolah hujung tahun bang Ariff camne??
Hari ni hari Selasa. Ibu keje half day ke hari ni sebab tengahari ni Ibu nak bawk Aliyah ke klinik untuk monthly check up.
Cuti sekolah ni Abang Ariff stay kat nursery Baby Aliyah. Pagi2 sebelum ke nursery Ibu akan bawak bag Ariff breakfast dulu sebab kat nursery takde sediakan breakfast. Ahad 25/11/18, Ariff datang dgn Abah sebab Ariff dari rumah kita, Ibu datang dengan Aliyah sebab Ibu dari rumah Tok Mek. So, Ibu just tinggalkan biskut dengan air kotak coklat je untuk Bang Ariff breakfast sebab Ibu tahu Ariff mesti perut kosong pagi tu. Abah cambiasa la, dah tebiat dia suka buat kerja last minute then dia akan kelam kabut setiap pagi kerana kelewatan. Dan biasanya dia tak kan ada masa nak amik tahu anak2 nak makan apa untuk alas perut. Biasa la Abah.
Isnin 26/11/2018, Ibu tak sempat bawak Abang Ariff breakfast sebab Ibu ada meeting pukul 9. Just bekalkan Abg Ariff biskut dan air kotak sahaja. Tengahari abang Ariff cakap dia makan roti canai sahaja.
Selasa 27/11/2018 iaitu semalam, Ibu bawak Ariff makan kat KFC. Dah lama Ariff nak makan mac & cheese. So, Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat dia nak makan macaroni. Ibu plak makan zinger burger tak silap. Mula2 makan, air tea tumpah atas tisu... masa nak makan burger tiba2 telur kuning tak separuh masak meleleh kat tangan dan bertitik2 atas meja. Fine, ibu lap dan sambung makan. Dan bila dan tinggal sikit lagi, tiba2 ayam burger jatuh dalam air kopi Ibu. Allahuakbar... kenapa la makan ibu tak lancar pagi ni?? tengahari pulak Abang Ariff cuma makan bubur nasi.
Hari ni, hari Rabu 28/11/2018, Ibu bawak Abang Ariff makan roti canai kat area nursery Ariff. Ibu dah bekalkan Ariff dengan air kotak coklat dan nugget. Kot2 Ariff lapar duk nursery nanti.Tengahari ni Inshallah ibu akan ambik Ariff dan Aliyah awal skit nak bawak ke klinik.
Esok 29/11/2018, InsaAllah, ibu bawak Ariff makan nasi berlauk pulak.

No comments:
Post a Comment