Pagi ni sebelum mula kerja, tiba2 ada wasap dalam group kelas Ariff. Cikgu Ariff post gambar ni.
Ibu dah terkejut. Kenapa Ariff kena refer HRPZ? Selama ni Ariff tak sihat ke? Ibu takde la tunjuk kepanikan Ibu dalam group wasap kelas Ariff tu. Tapi Ibu cuma risau la... kenapa dengan anak aku selama ni? Ya Allah Ariff ada penyakit apa plak ni??
Tadi dalam dewan masa sambutan Maulidur Rasul pun Ibu takleh nak fokus mana dgr Ustaz bagi takirah. Ibu lebih duk fikirkan Ariff je. Mohon jauhkan Ariff dari penyakit2 yang merbahaya.
Lepas ceramah, terus Ibu pergi sekolah Ariff. Nak jumpa Ustazah Rokiah. Tapi Ustazah Rokiah pun tak tahu kenapa sebab dia pun tak baca kandungan surat reference tu.
Ibu suruh adik praktikal kat tempat kerja Ibu tanyakan kakak ipar dia yang keje doktor. Tapi bila ibu baca yang MO tu tulis,dengan tiada ilmu perubatan.. Ibu rasa macam takdela berat mana pun. Undescended testis. Tadi adik praktikal tu dah respon, kakak ipar dia cakap, kes Ariff ni telur tiada dalam sarung testis dan biasanya kena operate. Tak bahaya. Fuhh... walaupun still kena operate Ibu still bersyukur masalah Ariff ni tak besar mana pun. Alhamdulillah... syukur Ya Allah
Ini cikgu kelas Ariff. Suh bergambar dengan Ustazah Rokiah memandangkan hari ni last day sekolah. Ni la cikgu awak masa darjah 1 tauuuu... Ingat2 la jasa cikgu mengajar awak, Ariff!
Itu je cerita ibu di hari Khamis ni. Sekian.
No comments:
Post a Comment