Wednesday, December 16, 2015

Kawan dapat pindah

Semalam baru cerita pasal K.izan

Memang betul. Hari dah keluar surat. K. Izan dapat tukar ke Johor

Gembira mungkin 2% je. Gembira K.Izan dapat kembali ke pangkuan keluarga. Sedih 98%.. Aku dah hilang kawan dan housemate sekaligus. K.izan dah macam kakak aku dan tempat rujukan kat ofis. Sedih sgt2... banyak hal akan berubah selepas ni. Aku dah tak leh menyewa situ dah sebab aku tak mampu nak menyewa sebijik rumah... aku terpaksa PINDAH. Sedih. Dahla aku baru plan nak bawak baby aku.

Dah survey bilik kat area tempat keje. So far, menghampakan. Nampaknya terpaksa la aku menyewa kat rumah ofismate aku sehingga aku jumpa rumah atau permohonan kuarters aku lulus.Sedih

Aku harus kuat. Jangan ingat aku akan berada di tahap selesa je sepanjang masa.. hidup ni sentiasa berubah,. Sekejap macam tu...sekejap macmni... yang penting diri aku sendiri. Mesti adapt dengan setiap perubahan. Bila aku nak balik Kelantan ni weiii???

Tuesday, December 15, 2015

Resah, cuak, bimbang

Semalam, hr Isnin aku kembali semula bekerja di Pahang. Datang pepagi lepas subuh dgn laki aku..

Aku tak tahu nk tulis apa. Yang pasti...aku nak bgtahu....aku rindukan anak2 aku sgt2...especially si kecik tu. Kesian dia... Kecik2 dah kena tggl dgn ibu.

Tadi kat tmpt keje. Dalam pntry. Makan goreng pisang dengan k.izan, bos wan dan 2 orang lagi kawan2. Tiba2 Puan A msuk pantry.

"Mana xxxizan?"
"Semalam Tn yahya (bos yg urus hal pindah memindah dr HQ) call sy"
"Dia tnya awk acident kan"
"Sy ckp ye....total lost"
"Tp awk ok...tp bila dia tnya awk accident dgn apa, sy dah blank... Sy pun tak tahu"

Dalam hati. K.izan mcm ada chance je nk balik johor. Mcmne dgn aku nanti?

Lepas tu....aku dah cuak. Dah resah gelisah. Aku tanak duk kt rumah sewa tu sensorang. Dahla nnti plan nk bwk bby

Nmpknya aku kena cr rumah lain. Kena tnya mmber kt ofis kot nk tambah housemate. Dahla aku tgh mencari bbysitter kt area umah. Klu jumpa, rugila nnti.

Akur. Setiap apa yg terjadi diluar kawalan dan jangkaan kita. Kena redha. Pasrah

Aku juga kena adapt setiap perubahan. Be flexible. Jgn terlalu selesa.

Tapi sebetulnya aku sedih. Dah takde bestfriend kat sini. Huaaaaaaa


Monday, December 7, 2015

aktiviti ketika cuti

Lama gak tak tulis blog. Sibuk dgn anak2.. aku soranh handle anak 3 orang. Memang pancit. Kemas rumah, memasak, jemur baju, mmg jadi pure housewife la aku sebulan 2 ni. Seronok...puashati...tapi penat weeiii... gitu la kot mak2 aku gamaknya. Mak aku lagi penat...anak 7 wei..dah tu rapat2 plak jarak anak...insaf jap.

Minggu depan dh nak naik keje. Sedih weeii nak tggl anak2 kesayangan... Alice aku tinggal dulu 2 mggu. Tahun depan baru bwk g Kuantan. Nak g cari nursery yg sesuai dulu...klu boleh cari bbysitter kat umah lagi bagus.

Sejak duk umah ni, banyak hal tertunggak yang berjaya aku selesaikan. Contoh hias rumah aku ni sket2. Dulu mmg langsung kosong...waima jam dinding pun xde. Aku dah pasang jam dinding kat dapur, family hall and ruang tamu. Pasang frame gambar and ayat2 quran. Aku dah settlekan masalah simen depan pagar rumah...and push husband aku supaya order batu kelikir utk diratakan di laman rumah. Skrg hasben aku masih dlm proses nak ratakan batu. Agak lambat sebab dia sorang yang buat keje... ada lagi hal yg tak settle.. nak minta hasben aku pasangkan apa yg patut kat bilik air. Dah tak sempat kot nk settlekan sebelum aku balik Kuantan sbb hasben aku lak sibuk nk siapkan assignment dia. Tanak kacau dulu...

Sepanjang kat rumah...aku banyak jugak buat kek. Kek paling simple di dunia. Kek batik and cheesekut. Penah buat kek yang dibakar..tapi masih fail.. kek jadi keras kejung..tapi aisyah tetap excited and makan kek smpai tggl separuh kot... lepas tu aku kerap jgk la buat kek batik n cheesekut sbb anak2 aku suka sgt kek tu. Impian seterusnya nak buat kek kukus...tapi buat masa sekarang, seru masih tak sampai lagi.

Bangga tengok anak bersungguh makan kek.. biarpun rasa kek mmg out. Next time kita cuba lagi..

Teringin nak menjahit..tp bilik utk menjahit dah mcm kena panggil 'clean house' datang. Mmg hasben aku sepahkan brg2 dia. Nak tunggu bilik menjahit aku ready agak mustahil sebenarnya...



Thursday, November 26, 2015

Panasssss!

Panas!!!

Bukan aku yg panas...cuaca hari ni yg panas!! Aku, apalagi...membasuh kain baju la...hobi kot!

Pagi2 dah penuh pagar rumah aku dgn baju, selimut, towel semua...ni ada seround lagi. Tgh membasuh telekung sembahyang. Alhamdulillah... cuaca hari ni bagusss sgt...harap panas sampai ke petang.



Thursday, October 29, 2015

Aisyah bah.2

Lagi cerita tentang Aisyah...

Aisyah ada dua helai baju Frozen. Satu beli kat pasar malam....sebab Aisyah mengamuk nak beli. Aku memang tak pernah nak beli baju Frozen kalau kain jersey tu sebab aku rasa macam kain tu tak resap peluh. Tapi aku tak perasan pulak Aisyah nak baju Frozen. Mungkin sebab selalu tengok budak2 sebaya dia pakai baju Frozen. Dah dia mengamuk, satu pasar malam tu boleh dengar dia melalak, jadi aku belikan la baju tu...murah je. Yang aku tak suka bila belikan baju tu, dia tanak mandi. Kalau berjaya pujuk dia mandi sekalipun, lepas mandi tu dia nak pakai baju tu semula. Sampailah satu masa tu aku berjaya sorokan baju tu masa dia tanggal untuk mandi. Lepas mandi tu memang tadah telinga la dengar dia melalak... 

Kisah camne boleh beli baju Frozen ke2. Hari tu nak pergi Mydin cari barang. Depan Mydin tu ada Hari-hari. Biasalah kat Hari2 banyaklah beg sekolah bergantungan kat depan kedai. Ariff ni pulak selalu duk mengamuk nak beli beg sekolah Ultraman. Ariff dah lama nak beli bagpack ultraman tapi kami tak melayan sangat. Dia dah ada 2 bagpack, satu bwk pergi nursery, satu lagi untuk isi robot2 dia. Lagi satu tahun depan dia nak masuk tadika, baik beli bagpack yang elok skit nanti. So pujuk dia tak payahla beli bag pack, kita cari baju jela. So, dua beradik tu dapat la sepasang seorang baju. Ariff beli baju Spider-Man....Aisyah beli baju Frozen. Lagi satu, baju 4 kali lebih murah kot dari bag pack kat situ. 

Aisyaj dapat baju ni pun sama la perangai dia. Tanak baju lain. .. Kali ni aku malas nak layan dia nangis, aku terpaksa la keluarkan baju Frozen yang satu lagi tu supaya Aisyah pakai baju bersih. Dulu masa beli baju pertama, dia pernah pakai tiga hari berturut2...

Kalau dia boleh tengok YouTube, asyik suh buka frozen. Apa2 barang yang ada kaitan dengan Frozen, semua dia suka..


Tengah layan frozen...gambar snap dari ipad. Aku takreti nk transfer dari ipad ke hp...


Hari ni cuaca cerah dan panas sangat. Apa lagi, menjemur baju la aku sebab semalam hujan start dari pagi sampai tengahari. Petang walaupun tak hujan tapi cuaca macam mendung je. 

Sepanjang2 pagar jadi tempat aku ampai baju. Abaikan rumput yang tak ditrim tu...rumput pun nak hidup jgk....


Tuesday, October 27, 2015

Cerita tentang rumah

Hari ni Ariff tanak pegi nursery. Ni kalau Ariff ada, Aisyah kat rumah dia akan jadi 'lasak' sket.. duk mengikut Ariff je..

Nak cerita pasal rumah aku yg kecik ni... bulan 11 ni cukup setahun la lebih kurang kami tinggal sini. Tapi masih banyak benda yang kami kena buat utk memperkemas dan mencantikkan rumah ni. Dahla kontraktor hari tu buat keja cincai2 je. Dia ingat buat reban ayam agaknya... rumah dia pandai pulak dia jaga kualiti.... benci aku dgn orang camtu...

Depan pagar rumah aku, si kontraktor tu pegi curah simen kat situ. Memang keje pemalas....dahla pintu pagar rumah letak roda besar tayar bas...tipu je tu. Xde dianye rail. Tiap kali buka pagar memang berat... satu lagi masalah besar tiap kali hujan, rumah aku akan jadi cam kolam..adooiii geram gila.. air akan bertakung xleh mengalir keluar dari kawasan rumah sebab simen yang mamat tu curah depan pagar tu la.. tahun lepas masa musim hujan kami terpaksa mengharung tiap kali nk keluar. Geli ok... dahla sekarang ni dah nak masuk musim hujan..faham2 la kannn. So, misi kami sekarang ni nak buang simen yang kat depan pagar tu dan timbun kawasan rumah dengan pasir kuari. Dah lama plan nak buat keje ni...tapi tertangguh sebab aku kan kena pindah kuantan. Laki aku klu keje2 camni dia tak bersungguh sgt unless aku duk push dia... laki aku tu kalau bab2 repair mesin tu boleh la bagi dia. Opppss.. Termengumpat kat laki sendiri plak... memang sepanjang keje kuantan, aku tak sempat nak buat keje2 camgini..kalau kira betul2 masa aku sempat berada kat rumah sehari je. Sehari tu la nak bersih rumah dan uruskan basuh2 dan lipat baju semua.... memang tak sempat....




So, sambung balik kepada plan nak buang simen tu... sebenarnya kami tak tahu nak tnya pada nak buat keje2 gini...ada gak aku tanya orang2 yang buat keje2 kontrak gini...tapi depa x berminat sebabnya luasnya sekangkang kera je kot... serba salah depa nak buat... lastnya aku tanya kawan aku yang tgh bina rumah sekarang ni...kotla dia tahu. Dia suggest aku tanya Noor yang buat catering kat ofis lama aku. Ok la...aku tanya dia...dia datang tengok semalam dan dia kata orang dia boleh buat.... akhirnya, boleh jugak aku nak buang simen tu... apa yang aku nak higlightkan kat sini...Noor tu just tua setahun dari aku je.. sebelum ni aku tengok dia naik toyota camry, naik camry beb..tu dah nmpk cam 'wooowww'...tapi semalam dia datang umah naik kereta bmw baru...aku tak tahu la berapa siri tapi bmw cam gambar kat bawah ni... aku dengan hasben memang terpegun la tengok. Respek kot kat dia sebab muda2 dah boleh pakai kereta mewah. Kereta baru okkk...bukan second hand.  Aku masa kat U dulu sempat la berjiran dengan Noor ni. First sampai third sem je. Aku tengok Noor tu macam suka main2 je. Suka borak2, suka melawa..ada bf. Aku ni kan budak nerd, bagi aku sesapa yg ada bf tu macam suka main2 la..memang pernah terdetik kat hati aku dulu, aku kata Noor ni lepas grad ntah2 xleh keje.. tengok dia ni main2 je... kau tengok camne Noor sekarang! Berjaya dari aku yang keje sekadar makan gaji je.. memang respek pandai berniaga. Dan moralnya pada aku: JANGAN PANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN.

Kereta Noor



Sunday, October 25, 2015

Housemate accident

Mggu lepas dpt berita buruk. Housemate aku, K.izan accident otw nak datang Kuantan. Dia selalu datang pagi2..so sampai Kuantan terus msuk ofis. Dia accident kat area Endau. Alhamdulillah..nasib baik Kak Izan xde pape. Kereta dia terbakar....total lost kot.. fuhh...

Dgr kisah K.Izan tu, aku mulala duk fikir yang bukan2. Kalau la aku yang berada kat tempat K.Izan tu, dengan baby kecik ni camne la agaknya. Aku memang risau. Tetiap hari kot duk dengar accident dan kematian berlaku kat laluan balik aku LPT dan LPT2... minta jauh la...

Lagi satu, mesti peluang Kak Izan nak balik Johor lebih cerah sebab dia dah accident sebab datang Kuantan.. sedihnya aku. Tinggalla aku sensorang nanti dengan baby kat rumah sewa. Lagi la rabak poket aku kalau aku sensorang yg bayar sewa rumah nanti... dahla sekarang pun budget bulanan dah negetiffff dah..

Semalam ada keluar list pindah baru..tapi masih xde nama kami. Aku pun macam dah putus asa dah..macam dah kena tipu. Sebab masa gi HQ utk buat rayuan tempoh hari, hati rasa berbunga2...rasa macam ada harapan la..tapi bila dah banyak list keluar tapi nama xde juga terselit, memang rasa mcm..... keciwa la of course...

InsyaAllah...aku akan pegi sekali lagi ke HQ...

Thursday, October 22, 2015

Aisyah

Hari ni aku nak cita pasal Aisyah.

Sejak balik pantang ni, aku duk geng dengan Aisyah je,. Memang time apak dia keje..memang dia duk melekat dengan aku je. Kat mana ada aku, kat situ la dia. Masa awal2 bersalin dulu, aku mmg duk baring je atas katil. Dia pun duk main dalam bilik tu je la... Tak keluar tengok tv. Makan pun makan nasi kosong ikan selar bakar je... Memang geng aku... Tapi bila apak dan abg Ariff balik, memang dia tak hirau langsung kat aku. Duk melekat dengan apak dia la pulak... Semua nak abah.. Aku lagi suka. Haha sebab aku boleh rilek.

Kegemaran Aisyah ialah mewarna/ melukis dan main mekap2 dan geledah handbeg dan suka sangat dengan Frozen. Kalau dia melalak tahap kritikal, hulur je pen atau buku, lipstik, bedak ke, automatik dia akan berhenti nangis. Senang je nak pujuk...tapi aku tak sanggup nak tengok bedak dan lipstik aku dirosakkan oleh Aisyah. Dah banyak batang kot lipstik aku rosak...

Lagi satu, Aisyah ni pantang je tengok aku pegang hp atau iPad. Lastly memang aku putih mata je tengok dia main hp aku. Bab ni sama je dia dengan Ariff. Dengan aku, dia main ambik je Kalau dia nak...tapi Kalau dengan Ariff, dia memang tak melawan. Hahaha...senang je aku. Kalau Aisyah 'rampas' hp aku time aku tengah syok berfb ke, nanti aku ngadu dengan Ariff. Ayat biasa ku "Ariff, tengok ni Aisyah ambik hp ibu.....". Nanti Ariff  akan ambil dengan Aisyah n pulangkan kat aku. Dia memang adik yang baik....akur je dengan abang...

Pagi ni dia geledah handbeg aku....habis disepah2nya...






Setakat ni dulu aku cerita pasal Aisyah. Sejak dua menjak ni aku rasa dia ni makin manja mengada2 dengan abah dia. Kalau abah dia ada, dia punya menangis lain macam je. Geram sungguh aku. Tapi biarla... Asal jgn manja mengada2 dengan aku sudah... Penat aku nak layan. Hmmm...cmni kira mcm mengumpat anak sendiri ke??....




Tuesday, October 20, 2015

No idea

Aku dah 34 hari berpantang. Start smlm aku dah mula buat ke je rumah sket2 mcm basuh baju dan masak. Tak boleh la aku tengok rumah bersepah2. Semut sana sini. Aku lagi stress.

Hari ni mendung je.. Macam nak hujan. Alice tido dlm bilik, Aisyah lak tido kat depan tv.

Aku sekarang ni hanya duk menghitung hari dan berdoa sesuatu yang gembira berlalu dalam hidup aku dalam masa terdekat ni. Tak boleh bayangkan lepas ni aku dan Alice terpaksa tgglkan keluarga dan balik semula ke Kuantan. Alice la yang paling kesian.. Kecik2 dah kena ikut ibu...berjauhan dgn abg dan Kakak dan abah.... Sedihnya... Sesungguhnya perasaan aku sekarang mendung macam cuaca petang ni juga.

Malaysia dari mata aku

Aku bukan jenis orang yang suka membaca.. Surat Khabar lama dah aku tak pegang. Tengok berita pun tak. Walaupun aku ni macam duk kat pulau, tapi aku tahu la sesikit pasal apa yang sedang berlaku dan melanda negara aku.

Aku memang risau. Dengan keadaan dunia yang bergolak di sana sini, harap2 Malaysia tetap aman damai tapi...hakikatnya, tak. Saban hari, duk baca kes bunuh sana sini. Main2 je orang sekarang dengan nyawa orang. Tak puas hati sket, marah...dengki... Upah orang tembak. Sakit hati sket, ajak geng ramai2 pegi pukul belasah orang tu dan tetak sampai mati. Lepas tu, mayat tu campak je mana2... Mcm buang sampah. Kerap sgt terbaca berita, jumpa mayat sana sini. Tu tak cerita lagi pasal yang duk buang2 bayi macam buang sampah. Tu pun kes membunuh jugak, tapi aku heran la sebab biasa aku duk perati biasa si ibu yang kejam ni kena hukuman ringan je. Macam mak yang kerat 8 bayi dia, seingat aku dia kena 7 bulan penjara je. Kenapa tak hukum gantung je manusia2 yang tak berhati perut ni semua, sebab depa ni duk membunuh manusia ...anak2 depa. Tak paham sungguh aku.

Lagi satu, kes samun la,...rompak, pecah rumah pun selalu jgk duk dengar. Tetiap hari ada je. Waktu siang pun depa boleh keje pecah rumah. Malam apatah lagi.. Duk dalam laman rumah sendiri pun boleh kena samun. Lagi satu, nak jalan lenggang kangkung kat tepi2 jalan pun tak selamat weii zaman sekarang ni. Silap haribulan main tarik tali beg la kita dengan peragut. Sekarang ni mmg kena sentiasa beringat dan berhati2 sgt,.. Even kereta yang kat trafik light pun depa boleh pecahkan, so, anything yang lagi tragik lagi depa boleh buat..Sekarang duk mana2pun kena selalu beringat waima dlm rumah sendiri. Orang ni, selalunya nampak baik. Tapi hati depa kita tak tahu. Sungguh menakutkan...

Selain kes jenayah...ringgit Malaysia jatuh pulak dah. Harga barang pulak duk naik jah manjang. Petrol, barang makanan, tol pulak nak naik nanti...adoooiii. Aku tolong mengeluh utk depa yang duk Lembah Klang yang tiap2 hari kena lalu tol. Apa kerajaan buat untuk tolong rakyat? Brim ke? Bagi aku tu bukan bantuan...itu lebih macam rasuah. Orang yang betul2 susah ok la...memang Brim sangat membantu depa untuk meneruskan hidup. Tapi utk orang muda2 ni, time dapat Brim ni la depa nak berjoli. Pegi makan kat restoren mahal sket, beli kereta control la, pegi tengok wayang...pastu upload dalam facebook. Aku bukan menuduh... Aku tengok sendiri dalam facebook. Bukan main dorang nih.

Pendapat peribadi aku... Kerajaan macam tak bersungguh je nk tolong rakyat. Depa nak time election bukan main manis mulut. Janji nak buat itu buat ini. Lepas menang... Janji ke mana, tuan punya badan ntah kemana. Pemimpin kerajaan ni mana tahu susah rakyat sebab depa orang senang. Setakat harga naik singgit dua, depa mana nak terkesan pun sebab duit depa banyak berlonggok2. Kalau depa pi pasar tani ke pasar malam ke, berebut2 penjual nak bagi free kat depa, sebab depa tu pemimpin, semua orang kenaikan kot..projek keliling pinggang. Itu belum lagi derma berbilion2 masuk ntah dermawan mana yang bagi.  Harta depa tak habis makan tujuh keturunan. Tapi kita rakyat marhaein ni, tiap saat tiap minit duk fikir camne nk cari duit nk hidup selesa sikit. Bukan nk kaya pun...kita sangat terkesan dengan kenaikan harga barang yg mcm tak masuk akal kdg2 tu. Aku ni nk pergi jalan2 dalam Malaysia pun kena fikir banyak kali.. Apatah lagi baik pi luar negara.

Lagi apa yang aku duk perasan jugak sekarang ni perpecahan orang Malaysia. Melayu dengan cara orang Melayu. Cina dengan India pulak dengan cara depa. Melayu ni cepat lupa..cepat tak sedar diri. Naik keta besar skit, dah rasa besar diri. Yang tu siap pi penampar Bangla basuh keta tuh. Klu dah sayang sangat keta besar ngko tu, ko basuh la sendiri. Sambil basuh dan lap keta ko boleh usap2 keta ko. Tu selingan je tuh... Aku nak cita pasal parti politik Melayu sebenarnya. Depa ni Melayu.... Tapi atas sebab berbeza haluan parti, depa boleh pulak duk saling menjatuhkan kaum Melayu lain utk capai cita2 depa ni. At the same time, kaum lain ambik kesempatan. Kaum cha ya nun alif pun ambik la kesempatan. Dah la ekonomi depa dah conquer, Jun pulak politik pun bg kat depa jgk.... Amboi sakan aku membebel. Mcm ariff benar aku pasal politik nah.

Itu je la karangan aku buat kali ni. Lain masa aku sambung klu ada masa. Tapi sebetulnya aku risau dgan Malaysia.


Monday, October 19, 2015

Sedih

Aku sedih sebab...

Tak semua yang kita nak, kita akan dapat
Tak semua yang kita rancang akan menjadi seperti yang dirancang
Tak semua yang bahagia akan kekal
Tak semua yang senang akan selamanya senang, sesekali kita akan rasa susah juga
Tak semua orang akan sentiasa berada dipuncak

Aku perlu dan harus bersyukur dengan keadaan aku sekarang. Jalan mesti menunduk supaya aku boleh lihat dan ambil iktibar dari orang yang lebih susah dari aku. Jalan la mendongak bila perlu agar aku boleh ambil motivasi dari kejayaan orang lain. Yang penting, semua atas diri aku sendiri...

Aku mesti kuat kan diri untuk orang2 yang aku sayang...



Wednesday, October 7, 2015

Tukang urut

Semalam dah start berurut.... pengasuh Aisyah yang kenalkan tukang urut ni. Mula2 kenal tu xde la kata jadi nak berurut dgn dia. Tapi makcik tu ye ye je mcm aku nak berurut dgn dia. Aku pulak segan la nk kata 'no'.... ok la...berurut dgn makcik ni jela.... caj dia agak mahal jgk la bagi aku sebab ada orang lain caj lagi murah kot. Ngurut berjam2. Tapi makcik ni ngurut n bertungku cukup2 sejam...caj plak rm50 sejam. Mcm rate kat KL pulak. Since dia dah maklum aku nak ngurut dgn dia, aku sekadar amik 3 hari jela...


Demam pulak dahhh

Hari ni rasa tak sedap badan sangat... Ke aku demam? Orang cakap xelok org demam masa pantang... Pagi tadi bangun tido perut sakit...ke gastric sbb semalam xmkn.... Petang tu pun minum air susu cicah biskut je. Tp pagi tadi gagahkan diri bangun sediakan lempeng utk breakfast aku dan Aisyah. Tapi Aisyah mkn dua mulut je. Sat lepas tu dia muntah... Ayoyo... Kelam kabut aku, dengan pgg baby nya..., tangahari kepala pulak sakit, rasa mencucuk2. Apakah dugaan ni Ya Allah. Badan ni rasa lemah sangat. Lenguh satu badan...


Tuesday, September 29, 2015

Cerita lepas bersalin

Fuhhh...lambat giler nk buka blogger guna iPad ni. Aku saja tunggu anak2 xnak main iPad, baru nk masuk blog. Baru ada feel la nk merapu. Klu hp tu kicik sangat, manyak susah lorrr... Ngada kan? Ariff g playschool....Aisyah ikut bapak dia g buat surat beranak kt baby. Bagi dia chance ikut bapak dia... Klu tak terperap je kat rumah, dah tu kat mana aku, kat situlah ada dia. Barula aku ada peluang nak guna iPad. Klu tak aku ni tukang charge je, asal aku pegang iPad je sibuk la budak2 ni nk main games terutamanya di budak Ariff tu la... Gewaaaammm.

Alhamdulillah.... Hari ni dah hari ke10 baby baru. Nama baru dapat hari ni. Tali pusat pun ada lagi. Baby alhamdulillah...sihat walafiat. Minggu pertama memang agak merisaukan sebab budak kicik ni ada kuning. Pagi raya kami gi cek paling tinggi bacaan kuning dia 215. Risau gak la...takut masuk wad. Aku dah la kesakitan lagi waktu. Mana nk jalan2 dalam wad... Tapi Alhamdulillah....berkat try pelbagai petua, dan yang paling penting kerap bagi baby minum susu... Akhirnya turunkan jgk bacaan kuning budak ni. 2hari lepas, gi cek kat klinik kesihatan Wakaf Cha Yeh... Bacaan dah 177. Dah tak pegi dah kot cek kuning. InsyaAllah...makin hilang la nnti.

Pengalaman bersalin? Malas lak nk bercerita. Ntah, aku rasa yg paling rileks mestilah masa beranakkan Aisyah sebab czer kan...tak bnyk renyah sangat. Tapi masa bersalinkan Ariff dan budak kicik ni memang takleh digambarkan dengan kata2 la kesakitan dia tu....Adoiiiii.... Tapi nasib baik aku sakit kejap je. Dalam sejam gitu je...tapi penangan sakit lepas bersalin mmg buat aku takleh jalan weeeiii.. Sampai hari ni masih sakit lagi.. Anak2 yang dikasihi....tolong la dengar cakap ibu, tau x betapa susahnya ibu nak beranakkan hampa semua???

Aku pantang kat rumah sendiri sebab dah ada rumah sendiri kan??? Antara sebab lain, 1. Aku tanak susahkan mak aku.  2. Aku nk temankan husband  3. Aku nk bersama dengan semua anak2 aku waktu  pantang ni. Aku tak start berurut n bertungku lagi sebab aku masih kesakitan lagi... Dalam minggu depan kot boleh mula... Badan dah rasa lenguh2 dah ni....

Macam panjang lak crita aku ni. Sambung lain kali lak, tapi sebelum tu jom berkenalan dengan budak kicik ni dulu.

hai...nama saya Alisha Sarah...







Friday, September 18, 2015

Kembali ke wad

Esok patutnya due aku...tapi disebabkan aku ada kencing manis ketika mengandung...aku terpaksa kembali ke wad utk usahakan kelahiran ke3 ni berlaku pada tarikh due.. aku kesian kat anak2 je sebenarnya, terutamanya Aisyah...mesti mencari2 aku kat rumah... mujur mak aku ada....

Penantian penuh debaran pun bermula..


Tuesday, September 15, 2015

Menghitung hari

Lama rasanya tak membebel kat blog. Sejak bercuti balik Kelantan.. Aku balik cuti awal2 kononnya nk bersedia untuk bersalin...tapi rupanya baby ni suka duk dlm perut ibu rupanya. Sampi hari ni aku tak beranak lagi...duk menghitung masa dan cuti la nampak gayanya aku nih.

Kat ofis aku, ada 4 org yg pregnant dan semua due lebih kurang...beza dua tiga hari je dan klu nak tahu depa tiga orang tu semua dah selamat bersalin tau...tinggal aku je. Duk rumah memang la best sangat2.. Tapi Tula, best ni bersifat sementara sahaja. Memandangkan hingga hari ni aku tak bersalin lai, aku kena admit nnti 18hb ni. Aku mesti beranak pd 19hb ni jugak sebabnya aku ada risiko kencing manis...

Wednesday, August 19, 2015

Sedih dan dukacita

Dukacita dimaklumkan....bahawasanya, aku TAK BOLEH TUKAR balik Kelantan.....

Sedih.... fikirkan anak2 yang jauh di mata
Sedih.... bila fikirkan keadaan aku dan baby yang bakal lahir, camne keadaan kami nanti?
Sedih.... poket sentiasa kering, perbelanjaan kami semakin bertambah
Sedih.... banyak perancangan kami terbengkalai hanya kerana jarak dan masa
Sedih.... kenapa pihak pengurusan tak fikirkan kebajikan dan masalah yang timbul akibat            perpindahan kami?? Kenapa nak pisah2kan kami dengan keluarga kami? Keselamatan kami yang selalu berulang-alik setiap minggu? Prestasi kerja kami yang tercalar sedikit sebanyak akibat emosi yang terganggu..Kenapa??? Kenapa la kejam sangat? kami nak tukar suka sama suka pun tak lepas? Apa yang dorang mahu sebenarnya?
 
Aku rasa masa depan aku macam gambar ni..
 
Aku selama ni jadikan surat tukar yang aku hantar tu sebagai motivasi utk aku move on kat sini. Aku tunggu dengan sabar setiap hari...transfer list keluar dengan harapan aku akan terima berita baik nanti. Dan kebelakangan ni, aku dah merancang2 untuk angkut segala harta benda aku kat Kuantan bila balik utk bersalin dan tak datang2 sini dah.... tapi impian aku dah musnah..... Aku kena mula berfikir pulak camne aku nak teruskan kehidupan aku selepas bersalin kat Pahang bersama baby aku nanti.

Walaucamne pun..... aku kena POSITIF. Berbalik semula kepada ketentuan Allah. Mungkin ada hikmah aku keje jauh.. Setiap yang Allah atur adalah yang terbaik utk aku..tapi masih sedih. Harap life aku berubah akan jadi cam gambar kat bawah ni.. makin cerah dan baik sepanjang hari. Amin
 
 
 
 

Tuesday, August 18, 2015

Cuti bersalin

Alhamdulillah.....baru selesai lunch. Sampai ofis pagi tadi pukul 10.30 pagi takde makan pape untuk alas perut.. seawal 12.15 dah turun café cari makan.....Lately memang aku asyik lapar yang luar biasa je.
 
Semalam aku dapat MC. Tak sihat.. sambil2 tu pegi scan utk tengok jantina baby. Alhamdulillah..... menurut apa yang dilihat masa scan...baby dalam perut ni mungkin anak perempuan. Aku duk expect anak lelaki..... So, kami dah start mencari2 nama yang sesuai untuk anak yang bakal lahir ni. Lagi satu, doctor bagitahu...kandungan aku ni dah matang dan mungkin aku akan bersalin hujung bulan ni. What??...mungkin jugak...sebab sekarang ni aku dah rasa tak larat sangat dah, rasa macam dah bawah sangat dah perut aku ni.. nak bersila ke, nak sujud dan rukuk pun dah rasa rapat sangat perut aku dengan paha... so, maka dengan itu, aku dah bincang dengan husband...minggu ni adalah minggu terakhir aku bekerja.... minggu depan aku nak amik maternal leave dah.......
 
Esok, 19/8 aku kena pegi amik blood pressure test dan ada appointment dengan dietitian....lusa pulak 20/8 kena pegi lagi kat klinik tu utk amik blood pressure test dan test kencing manis... Adoi...minggu ni memanjang duk lawat klinik...

Saturday, August 15, 2015

Masalah aku

Aku suka rumah yg bersih dan kemas...tp aku ada satu masalah.... rumah aku xbole pun kemas dan bersih lebih dari 15 minit. Sebabnya anak2 yg tgh aktif ni akan buat sepah jgk nnti. Lepas tu aku pun mula la stress....jerit sini, jerit sana...tekejut baby dlm pewut....aku dah tak larat nk jadi proaktif dlm bab mengemas ni. Lima minit wat keje....aku akan tersadai keletihan sejam. Biasa dlm sehari tu aku dh boleh habiskan mengemas dr dapur hingga ke porch. Tapi sekarang.....aku mmpu tengok je sambil rasa menyampah... sebenarnya aku xleh la nk tensen kt budak2 ni. Dorang tu baru 3 thn n 4 thn.... apala yg dorang th kan?? Tapi utk kurangkan stress aku pd masa akan dtg, aku kena la ajar n latih Ariff n Aisyah utk kemas mainan depa bila siap main. Tp awal2 ni cabaran la sket. Kena hayun2 hanger depan dorang....baru la nmpk nk wat keje.  Tak pe, hrp nnti dorang akan biasa kemas mainan sendiri lepas ni.

Hari mmg memenatkan bg aku. Dari pg xberenti buat keje. Masak, kemas bilik...lap lntai...masak tghari....lipat baju....kemas dapur.. adoiii....penatnya....... bukan nk mengeluh ok....aku  dh biasa buat keje2 rumah sblm ni...tp disebabkan sekarang aku tgh sarat, penat tu luar biasa la sikit..rasa mcm nk terberanak pun ada. Klu bby keluar hari ni atau esok pun ok jgk....xpyh la aku nk balik Kuantan isnin ni... ramai member yg ckp perut aku dh nmpk cm turun dah.... takut!!!

Nmpk tak apa yg aku nmpak?? Dah bersepah semula mainan budak2 ni. Abaikan permandangan yg x cantik dlm rumah aku ni. Baju kat mesin basuh nak tunggu di ampai oleh laki aku selepas dia habis tengok bola. Penyapu tu.... aku nk habiskan menyapu ruang tamu esok hari. Sekian sahaja penerangan aku yg pnjang lebar.......



Wednesday, August 12, 2015

Esok balik kampung.

Housemate aku, K.Izan cuti esok... So, tadi tengahari dia dah gerak balik JB. Excited sebab dapat anak sedara baru...

So, malam ni duk sengsorang la aku kat rumah. Huhu.. biasa Ariff ada... Sebab K.Izan cuti, maka aku pun turut cuti gak hari Jumaat ni. Ntah..cam tadak semangat je aku nak keje.. Ni duk tunggu list transfer yang tak keluar2 lagi ni. Tak sabar nak angkut barang balik Kelantan....

Esok, aku drive balik sengsorang. Bos aku dah balik semalam.. Dia ada jugak ajak aku join dia, tapi malas la aku, cuti lama2 wat apa. Balance cuti pun dah tinggal 8 hari jek. Kawan sorang lagi tu lak tanak cuti Jumaat ni,..takpe...aku ok je balik sorang2. Yang penting aku boleh balik...

Semalam temankan K.Izan keluar buka puasa kat luar. Kami pegi kat Akar Kopi kat Bandar Kuantan. Lokasi dia di antara UOB Bank dan OCBC bank dan bertentangan jalan dengan bangunan Kastam Jalan Bank. Not bad la kat situ...kopi dia pun sedap jugak.. Kalau aku tak pregnant mungkin aku dah bungkus minum kat rumah kopi dia, tapi sebab semalam breakfast dah minum kopi....tengahari pulak minum nescafe....petang tu pekena pulak kopi kat Akar Kopi. Kuat nau minum kopi....





Sila2 la menjamu mata. Itu je aku nak cerita petang ni... takde cite best pun.

Monday, August 10, 2015

Baru minggu pertama rupanya.....

Aku baru sampai Kuantan pagi ni. Jumaat lepas pujuk2 bos aku suruh gerak pagi Isnin....Alhamdulillah termakan pujuk jugak bos aku. Tapi kesian la kat dia..sebab dan senior kan, tak la seaktif orang muda bila drive pagi2 buta. Mujur dia bawak anak teruna dia buat gilir drive. Bila dia mengantuk, anak dia take over. Aku kat belakang membuta je la... padahal masa pujuk dia hari tu, aku beria je cakap...saya takkan tido, temankan bos borak2 tanak bagi ngantuk... tapi tu tinggal janji je la....
 
Aku ingat ni dah minggu ke2 bulan 8... aku sekarang ni asyik duk menghitung hari je nak balik cuti bersalin kat Kelantan. Rupanya nya baru minggu pertama. Lagi 3 minggu la nak berulang alik balik kampong. Memang tiap kali dalam kereta memang aku takut + risau..aku pecah air ketuban dalam kereta. Lagi2 bila kereta melambung langgar bumper, aku cepat2 usap perut, pesan kat baby...jangan cepat sgt keluar.... Ditambah pulak rasa bersalah sebab orang lain terpaksa berkorban ikut aku bertolak ke Kuantan pagi2 hari Isnin....dan ditambah rasa risau + takut pecah air ketuban dalam perjalanan...aku rasa 3 minggu ni, aku nak balik sendiri dengan kereta aku je la....lagi 3 minggu. Boleh kot....yang penting aku kena kuat semangat...moga menurun kepada bayi semangat aku ni...
 
Minggu ni agak menyedihkan sebab aku dah tak bawa Ariff datang Kuantan. Sunyi lak rasanya dia takde. Aku terpaksa....... Aku sarat dan tak larat nak uruskan Ariff sengsorang kat sini. Lagipun aku risaukan Ariff, kalau la aku terpaksa bersalin tiba2.... mana aku nak letak Ariff. Memandangkan aku tak sempat nak daftarkan dia kat playschool, terpaksa la aku upah adik ipar aku yang sedang tunggu nak sambung belajar kat U tu dulu tolong jagakan.. Ntah camne budak2 tu. Harap2 boleh la. Mulanya hasben aku cam tak setuju aku nak suruh adik dia datang tinggal dengan kitaorang dan jaga budak2 ni. Dia mcm nak tinggalkan Ariff Aisyah kat rumah mak ayah dia. Mak dia pun sama... nak tinggalkan budak2 tu kat rumah dia. Tapi aku tak setuju. Sanggup lak dia tiap2 pagi nak berulang alik balik setiap pagi dan petang balik rumah makayah dia kalau budak2 ni nak tinggal sana.. kenapa tanak duduk rumah sendiri yang lagi selesa? lagipun mak mertua aku tu keja pagi petang...tanak la susahkan dia.,so, duduk la rumah sendiri.....ok lagi kannnn....
 
Dah lama tak upload gambar anak2....tiba2 rindu Ariff &Aisyah..

Senyuman memang manis...tapi bila dengar dia melalak...ahalai dah sangka...tensen mak

Aisyah asal ada dengan abg, memang ceria....suka tengok

Anak pompuan ni pun bole tahan gak ragam sekarang....tapi tetap terbaik di hati Ibu.

Khabarnya minggu ni kuar list transfer...Berdebarnya........harap2 ada berita baik, hadiah untuk anak ketiga aku ni.

 
 
 

Thursday, August 6, 2015

Pagi ni....


Morningggg!!
 
Semalam ada jamuan raya Jabatan....no picture. Aku makan banyak jugak la...tapi yang paling win semalam chocolate brownies...bos aku bawak. Memang best la... makan x puas, terasa coklatnye hingga je hati...fuhhh...
 
Pagi tadi terbangun pkul 4 lebih sebab perut memulas2...sehingga pukul 6 dah 3 kali masuk toilet. Cerry berry la pulak.... ni duk tgh menaip ni pun dah rasa macam bergelodak dah perut ni. Tapi bertahan la dulu selagi boleh bertahan.. malas nak jalan gi toilet, jauh sgt. Ni mesti makan kat jamuan raya semalam..sebab ramai gak ofismate aku pun terkena cirit birit ni. Aduuuiii
 
Pagi ni, mujur Ariff bangun awal. Dia bangun pun sebab dia berak. Dah tu terus mandi...kalau tak susah dia nak bangun awal2 pagi ni. Siap bersilat lagi dengan aku sebelum boleh mandikan dia. Lepas hntar Ariff gi nursery..terus g ofis utk thumb print...lepas tu terus g klinik, nak cek kencing manis. Ok, bacaan rendah sebab semalam last aku makan pukul 6petang...dah tu terus puasa sampai pagi ni. Lepas tu terus g breakfast kat McD...nikmat sungguh boleh minum air kopi panas..........
 
Aku makan big breakfast tadi...risau jugak takut effect bacaan kencing manis utk pukul 12 nanti. yela, makan xingat.... main balun je. Bila dah kenyang baru tahu risau... Aku kena minum air masak banyak2 ni sebelum g cek kencing manis tengahari nanti....

Patutnya, terdengar khabar angin patut dah keluar list kenaikan pangkat W44....tapi sampai hari ni takde keluar2 lagi. Aku x heran pun pasal orang yang naik pangkat tu....tapi duk kisahkan kot2 nama aku ada terselit utk pindah balik Kelantan. Lepas tu, semalam bos aku khabar...rupanya Ketua Pengarah sekarang ada kat Sabah...tu pasal list xkuar2 lagi. Minggu depan mungkin.... tunggu jela dengan penuh pengharapan....

Kandungan aku sekarang ni dah 34 minggu. Dulu masa pregnantkan Aisyah, 33w dah bersalin... risau sungguh aku mengandung kali ketiga ni. Yela...duk jauh dari family kannnn...apa2 yang kemungkinan yang berlaku kat sini aku sengsorang la nanti kena hadapi. Terjatuh ke, tersembam ke, nak bersalin ke, aku kena hadapi sengsorang la....huhu..serius takut ok!! Minggu depan, aku rasa aku nak register Ariff masuk taska kat KB sebab aku risau aku akan bersalin bila2 masa saja... risau kat Ariff kat sini siapa nak tolong tengokkan...

Seriously, setiap malam aku risau...takut air ketuban tiba2 pecah ke masa aku tido..Setiap malam...sebelum tido, berdoa dengan ALLAH, jangan la aku bersalin awal....dan sentiasa pesan kat baby dalam perut ni, tolong jangan keluar awal sangat....sebab ibu duk jauh dengan abah....duk kat tempat orang ni. Kalau nak keluar, minta sangat2.... keluar bila ibu kat rumah kat Kelantan...bila dah kat rumah. Bukan kat Pahang...dan bukan masa travel... Sedih kan??

Haritu, masa apply tukar...dah tulis kat borang pindah tu..klu boleh nak tukar selewat2nya bulan 8.... tup2 next transfer list akan keluar bulan ni. Harap2 nama aku naik la. Lagipun bulan ni dah genap 6 bulan aku keje sini.

Aku tak tahu... apa yang akan terjadi selepas ni. Yang pasti, aku berharap yang terbaik untuk diri aku dan orang2 sekeliling aku. Amin2 Ya Rabbal Alamin......

Sedih tau kalau bersalin kat sini sengsorang........................ Bye

Tuesday, July 14, 2015

Pening....pening...pening

Lagi dekat nak raya ni, makin pening aku...duk memikirkan bila nak balik raya. Bila orang duk bising2 kate jalan jammed la....makin la aku nervous nak drive balik sendiri ni. Ni sebab keje kat Kuantan la ni....terpaksa la aku jadi perantau.... klu tak sekarang ni waktu orang lain stuck dalam jammed,  aku duk rilex2 kat rumah jek. Nak salah kan sapa kan? Ni semua dah ketentuan Ilahi..hukhukhuk
 
Aku sepatutnya esok pagi2 lepas subuh nak gerak balik KB, tup2 tadi gi klinik...misi suruh datang amik darah..utk ujian kencing manis kot. Dah lari plan aku.. klu hari dah cerah...keta mungkin makin banyak atas jalanraya... tadi dah call misi...cakap aku xleh datang esok...sebab nak balik kampong pepagi lagi. Mujur dia kata ok...so dah tak hilang satu masalah.....
 
Lagi satu masalah tu, aku cuba settlekan malam ni. Harap successful la. Lagi malam ni, aku kena gi isi minyak dan isi angin tayar. Menyampah....aku takpenah isi pun angin keta sebelum ni. Suma hasben aku yg buat....harap2 masalah tu pun akan successful jugak malam ni!
 
Esok, harap2 perjalanan aku berjalan lancar....selamat gerak dan selamat sampai. Amin....

Seriously, aku betul2 takde mood nak keje walaupun keje melambak2 atas meja aku ni. Ampunkan aku Ya Allah.... tapi InsyaALLAH aku akan cover semula keje2 aku lain hari.. memang xleh nak fokus hari ni... duk fikir camne perjalanan balik aku esok... risau sangat!

Monday, July 13, 2015

Ngantuknye lahaiiiii

Sempena bulan puasa ni.....dah tiga kali Isnin, cam gini la keadaan aku. Tak bermaya....xleh nak focus buat keje...dan yang paling paling kesian, aku mengantuk. Boleh lak time ngadap computer aku terlelap. Hmmm, aku ni jenis yang jarang sangat mengantuk kat ofis...tapi bulan2 puasa ni memang mata aku tak boleh dimaafkan. Mengantuk tahap gaban......... sebab pagi ni aku bertolak balik Kuantan pkl 3.40 pagi... Boleh la dimaafkan...tak gitu?

Setelah seminggu mencuba nak g test kencing manis kat KK Indera Mahkota, akhirnya hari ni aku berjaya jgk pegi. Alahai...lecehla nak berulang alik pegi klinik semata nak tengok bacaan kencing manis. Dah la tak leh puasa...bukan boleh makan pun. Apa sgt aku boleh makan,..paling best aku boleh  beli roti bun dgn air kotak. Makan dlm keta masa drive...nasib cermin keta aku gelap sket. Boleh la curi2 makan...

Minggu ni housemate aku dah cuti. Tinggal aku ber2 dengan Ariff je la..... sunyi la sket rumah sewa nanti...

Saturday, July 11, 2015

Inilah situasi sebenar

Hari ni pkul 11 pg sampai pkl 4ptg keluar cari baju raya anak2...tapi tak settle lagi jgk. Leceh la keluar shopping bwk budak2 ni...bukan boleh membeli sgt..nak memantau budak2 ni yang lebih..lebih2 lagi si Ariff tu. Lari sana...lari sini...kita nak membeli pun tak senang. Geram pun ada jgk...mlm ni ingat boleh smbung lagi aktiviti membeli baju raya. Tapi hasben aku terpaksa g hospital. Mak mertua aku msuk wad....xth bila pulak lagi nk settle hal2 membeli ni. Kasut raya xbeli lagi..bj aisyah nk kena cari sepasang lagi..bj aku dgn hasben lagi la....xbeli langsung lagi...keje last minit cam gini la.......

Ptg ni buka puasa pun aku tak masak...tak larat cmpur malas...hasben aku beli ayam percik dan daging goreng kicap....boleh la.....

Aku sbnrnya nk tunjuk.....keadaan sebenar kat ruang menonton aku......



Walaupun aku kemas sampai meghelip lip lap lip lap sekalipun...tak kan sempat bertahan sampai 15 minit....budak2 ni akan sepahkan balik...tu belum lagi nak makan2 biskut....berterabur habuk2 biskut....aku hanya mmpu geleng kepala smbil pesan pada diri sendiri....aku xleh give up...kena kuatkan semangat dan teruskan mengemas....huhuhu

Ituje dulu utk mlm ni...

Monday, July 6, 2015

Persiapan bersalin

Assalamualaikum.....Selamat Pagi Malaysia!!

Hari ni dah 6 Julai...cepat sungguh masa berlalu..dah 5 bulan aku keje kat Kuantan.

Pagi ni baru sampai dari Kelantan. Sampai pkul 7.30 pagi...terus hantar Ariff gi nursery. Nasib Ariff tak meragam, bangun2 terus terpisat2 bangun jalan masuk nursery. Sian dia...ntah kenapa aku rasa kesian sgt kat Ariff......selalu kena marah dengan aku. Tapi tu la, selalu sangat meragam...

Semalam dapat panggilan telefon dari Klinik Kesihatan Indera Mahkota..cakap minum gula minggu lepas aku sangkut....aku ada kencing manis la pulak mengandung kali ini. Sepatutnya aku kena gi test kencing manis, tapi memandangkan pagi ni aku tak makan apa2..cancel la...esok je aku pegi. Banyak pulak halnya bila mengandung kali ke3 ni...dah la perut aku kecik je, aku rasa cam baby pun takde menendang kuat sangat macam mengandungkan Ariff dan Aisyah dulu....tup2 lak ada kencing manis. Dugaan betul....

Balik minggu lepas, aku gagahkan diri jugak ajak Ariff pegi cari baju baby dan barang2 lain untuk persiapan bersalin. Mana boleh tangguh lagi. Nanti minggu depan kalut nak beli baju raya anak2 pulak... Pegi la aku dengan Ariff kat Manjaku Kota Bharu. Mujur Ariff takde buat hal..... ni senarai barang2 persiapan aku bersalin.

1. Baju baby - 5 helai -----> dah settle, terbeli 6 helai. Baju Ariff dan Aisyah ada banyak lagi yg ok.
2. Baby wipes - dah settle!
3. Mitten & booties - Settle! -----> beli 5 psg je, nnti baby guna yg abg Ariff n Kakak Aisyah punya..
4. Pad ibu - settle!
5. Selimut - Settle! ----> beli 2 je.. yg anak sebelum pun ada lagi
6. towel - settle! ----> tp towel utk abg Ariff takde...semua kat kedai kale pink aje
7. sabun mandi baby - settle!
8. Bedak etc - settle! ----> guna yg ada kat rumah je
9. pampers NB - x beli lagi.
10. Minyak panas - x beli lagi
11. Barut perut - settle ----> guna yg kakak n abg punye je
12. disposable panties ----> x beli lagi .
13. Kain batik utk kat hospital - takde lagi. Nak kena pinjam yg mak punye
14. Ingat nak jahit alas tilam baby yang baru.......tapi kainnya tak beli lagi

Baju2, towel dan selimut aku dah basuh dan jemur siap2. Tapi tak packing lagi sebab bj masih kat ampaian. Ni pulak senarai barang2 aku nak readykan dlm beg untuk bawak gi spital:

1. Baju baby - 4 pasang
2. selimut baby - 1 helai
3. pampers NB
4. baby wipes
5. tissue
6. disposable panties
7. pad ibu
8. kain batik - 2
9. tshirt - 2
10. tuala - 1
11. mugs & spoon
12. milo & susu tepung
13. biskut Jacobs
14. minyak panas
15. GL

Mengantuk sangat mata aku sekarang..... nak wat keje pun macam tak berselera. Tu yang aku curi2 update blog ni kejap. Dah la dulu.....tak ingat nak snap gambar barang2 yg aku beli tu....klu tak boleh la kongsi2 share kat sini....

Tuesday, June 23, 2015

Selamat berpuasa...

Hari ni dah hari ke6 Ramadhan...dan hari yang ke2 aku berpuasa di Kuantan. Semalam beli makanan kat pasar Ramadhan kat belakang ofis je. Beli nasi lauk kerabu perut, paru goreng sambal dan ayam pedas utk aku.. RM9, mee goreng untuk Ariff, sikit kuih pencuci mulut lepas berbuka.... Semalam pegi amik Ariff dulu kat nursery sebab nursery dah bagi notis anak2 kena amik paling lambat 5.30 petang. Klu pegi dengan Ariff kat pasar, kena melayan karenah dia jugak la. Mata melilau2 mencari gerai mainan...mujur takde, klu tak...memang melayang2 camtu tu je duit beli mainan kat Ariff. Alaaa..lupa lagi nak snap gambar:(
 
Pagi tadi bangun2 pagi Ariff terus buat perangai..tapi mujur la aku masih boleh bersabar, cuma suara jela tinggi sket2 pagi2. Segan gak kat housemate..tapi macam tu la melayan karenah anak..takboleh la nak berlembut2, aku tak reti...
 
Sebenar, ada benda nak cerita....minggu lepas ada sorang kakak tu dari Kelantan. Naik pangkat dan kena datang Kuantan. Mula2 sampai...bincang2 dan kami setuju je kakak tu masuk nyewa rumah kami. Yela, kurang la sket beban byr rumah sewa dan boleh jadi geng balik kampong dengan aku. Sukaaa ada kakak tu.... klu housemate aku cuti ke kursus ke takde la aku sunyi sepi kat rumah tu... tup..tup...tup.. Jumaat lepas kakak tu bagitahu dia kena posting kat Temerloh la pulak. Alaaa..frustnya aku........sekarang ni ok la..sebab ramai kat rumah. Meriah la. Aku tak dapat bayangkan minggu depan bila housemate aku tak datang Kuantan lagi, mesti sunyi je aku dengan Ariff je kat rumah........... Tak suka! Tapi nak wat camne....kena la terima hakikat. Tak selalunya apa yang kita rancang tu menjadi kan??

Monday, June 15, 2015

Isnin part 1

Hari ni aku cuti...gerak ke Pahang petang ni dgn kawan..

Aisyah pagi2 abah dia angkat g umah nanny dia.. Ariff kejap lepas tu dah bangun. Bangun2 terus capai hp aku. Tapi cakap kat dia xde internet...internet rosak. Nipu sunat. Klu tak smpi tido dia akan ngadap hp....tngok ultraman. Lepas tahu internet takde..baru la nak main susun2 blok..

Pagi ni aku tak on tv pun...lepas mkn pagi, suruh Ariff baca buku. Konon2 la pandai baca buku..



Sekarang... bagi dia mandi plak....


Dah settle dulu Ariff utk pagi ni...aku plak, cam biasa sebelum aku tgglkan rumah utk seminggu aku kena make sure everything kat rumah kemas dan teratur...gitu la keje aku setiap mggu...aku ingt nk snap gambar sebelum dan selepas kat dapur aku...tp malas la plk nk gerak...

Ni Ariff lepas dia bersiap...dia siap sendiri ok...pakai bedak n sikap rambut...

Monday, June 8, 2015

Bila la aku nak tukar balik Kelantan ni????

Minggu baru bermula......dah pukul 10.39 pagi tapi aku masih tak buat keje lagi. Tadi ada KSA...sebelum duk memrint nota2 penting yang dijadikan panduan keje....jadi kena print n simpan leklok. Yela...budak baru belajo..kena banyak membaca kan...
 
Semalam aku datang ke Kuantan berdua hanya dengan Ariff......tapi Ariff, bila dah masuk Pasir Puteh dah mula tido. Dio tido sampai la nak sampai Kuantan.... Bertuahnye anak....ingat nak teman borak2 dgn ibu... Semalam aku kena drive sendiri sebab kawan2 pool keta suma ada hal masing2. Terpaksa la aku dengan Ariff je, mujur sgt ada Ariff.... rasa berat je hati nak tinggalkan rumah petang semlm....hmmmmm*mengeluh panjanggggg
 
Tiap2 minggu balik....aku hanya sempat kemaskan rumah je. Lap2 dapur....basuh baju2 yg seminggu tak berbasuh... readykan baju Aisyah untuk seminggu untuk bawak ke rumah pengasuh supaya xde baju yang tak matching (klu si ayah yang sediakan baju camtu la biasanya)...sapu2 rumah....lipat baju... memang penat...tapi kisah sebab kita buat utk orang yg tersayang kannnn... Balik hari tu sempat jugak cabut2 rumput yang mula tumbuh kat laman rumah... tapi tak sempat nak clearkan semua sebab sakit pinggang kena mencangkung + penat.... alangkah bahagia jika aku kat Kelantan...mesti tiap kali balik keje, aku bole spend at least setengah jam sehari utk aktiviti kat laman rumah. Bila2 dah cabut2 rumput...datang pulak idea aku nak menanam lada, serai, pandan dan lain2 pokok kecik utk kegunaan sendiri. Tapi tu la...sekarang ni hanya mampu berangan...tak tahu bila aku bole buat.. Dengan keadaan yang duduk jauh...balik dua hari seminggu.....hmmmmmm
 
Bila la aku boleh tukar ni?? Due date utk bersalin dah makin hampir. Tak de lagi khabar berita pasal next transfer list.... harap2 sebelum aku beranak la...tak sanggup aku nak berulang dengan anak kecil dengan satu kereta penuh dengan kawan2 laki... macamne aku nak susukan anak aku nanti?? macam2 dah aku start pikir... lagipun tak elok bawak budak kecil travel jauh...sampai tengah2 malam.... Ya Allah...permudahkan lah perjalanan hidup aku...
 
Banyak benau plan aku yang tergendala sebab aku kena datang keje kat Kuantan. Klu aku dapat balik Kelantan, InsyaALLAH aku akan sambung balik segala rancangan aku. Aku nak:
- Mencantikkan laman rumah
- menanam lada, serai, lengkuas, kunyit, dan bunga-bungaan
- nak memasak utk family aku....kesian dorang asyik makan kat kedai je.....hukhuk
- nak menjahit.....dah berabuk mesin jahit aku tuh
- nak belajar buat kueh mueh
- nak buat housewarming.........dah setengah tahun kot...masih tak kenal jiran2
- akan bertambah dikemudian hari
 
Aku ni amatur blogger....so aku selalu miss moment utk dicapture dan di upload kat blog aku. So, xde gambar sangat la kat blog aku ni. InsyaALLAH...aku cuba lagi utk alert bab amik gambar utk blog.
 
Sekian sahaja karangan aku utk kali ni. Harap segala yang terbaik utk aku dan keluarga....................... AKU NAK BALIK!!!!!!!
 

Friday, May 22, 2015

Update untuk minggu ini

Assalamualaikum dan salam Jumaat....moga hari yang baraqah lagi mulia berjalan dengan lancar...amin

Dah dekat seminggu kot aku dah hntr surat minta tukar...tapi sehingga hari ni masih tiada respon lagi. Sabar...baru lagi tu....

Perjalanan hidup kat sini cam biasa....Alhamdulillah semua berjalan lancar... routine harian yang sama setiap hari. Pagi, hantr Ariff pegi nursery.....pegi ofis, pegi breakfast....masuk keje...buat keje..... balik keje....beli makan malam untuk Ariff.... balik rumah....makan malam yg simple....layan Ariff dan tido... Itu la rutin setiap hari..cuma hari Jumaat, kami balik kampung.

Bercerita tentang semalam...aku kena marah dengan pelanggan. Memang kurang ajar. Sebab aku seorang yang pendiam dan bukan orang yang agresif, jadi aku tadah dulu apa yg mamat tu membebel...sampai satu tahap tu, aku sendiri tak reti nak jawab balik...aku terus letak telefon. Rasakan...ngko ingat aku sapa? Ngko bukan bayar gaji aku, jadi ko tak layak la nak marah2 aku. Pegi m***** la.... sori.. bahasa agak kurang sopan skit hari ni.

Mood aku semalam terus down sampai malam.....

Tuesday, May 12, 2015

Luahan aku hari ni...

Hari ni rasa cam 'sooh' je perut aku ni..sebabnya aku masih pakai seluar kerja. Nak duduk kena buka zip..nak berjalan pulak kena zip balik..hadooiii...nyesaiii aku tak bawak seluar pregnant siap2...macamne aku nak bertahan sampai jumaat ni weeiii... tak lepas nafas aku pakai seluar ketat....kesian baby, kena duduk dlm keadaan yg sempit..hukhukhuk..

Semalam aku pesan biskut semprit dengan sorang staff kat sini. Sebab selalu duk belek2 fb, selalu nampak orang duk iklan biskut raya. Tu yang terliur tu....mujur la wife staff tu boleh amik order biskut raya...so, bole la aku melepaskan keinginan nak makan biskut raya...

Aku nak bercerita pasal Aisyah sebenarnya..Aku datang Kuantan, cambiasa hari Ahad. Suami aku pagi2 lagi dah angkat Aisyah pegi rumah pengasuh dia. Dia tengah tido...jadi mamai2...tak mencari sgt aku. Tapi, bila dia balik petang tu....terus dia mencari2 aku dalam bilik....aku boleh bayangkan macamne dia mencarik...sebab time aku ada kat rumah pun, dia takleh berenggang pun dengan aku. Takde depan mata, terus dia melalak... Bila dengar cerita suami, terus hati aku tersentuh... dah terus mengalir air mata aku...sedih kot.. Memang lately, aku takleh sgt duk ingat Aisyah, tengok gambar Aisyah, aku jadi sebak..dan terus menangis..ni pun duk menaip kat depan pc ofis....mata dah berair ni..

Aku sayang2kan anak2...takde nak beza2kan... Tapi sedih sangat sebab Aisyah takde dekat dengan aku. Saban minggu aku rasa Aisyah makin berubah sikit demi sikit. Dia jadi macam memberontak, selalu buat perangai... mungkin faktor dia makin membesar..rasa rugi sebab terlepas nak tengok Aisyah membesar depan mata aku. Aku redha je kena datang keja jauh2..mujur Ariff ada temankan aku. Cuma aku amat berharap sangat, dalam masa terdekat ni, sebelum aku bersalin, aku boleh bertukar semula ke Kelantan, dan berada disamping suami dan Aisyah..barula rasa sempurna dan lengkap hidup aku. Ya ALLAH....permudahkan urusan aku.......amin.....


Tuesday, May 5, 2015

Cuti lama..

Assalamualaikum...

Lamanya tak update blog. Bizi layan perasaan...dan karenah anak2 jgk.

Minggu ni seronok sgt sbb Pahang cuti lama.. klu bukan sebab audit EKSA esk, mmg aku x g dah ofis..tp atas title ketua EKSA terpaksa aku tunjuk jgk muka walaupun aku bukanla seorang ketua yg bagus. Sapa suh lantik aku...

Ptg ni dh nk gerak g Kuantan..angkut semua satu famili. Lepas keje esok terus gerak balik Kb sbb 7hb tu Aisyah ada appointment dgn pakar mata kt HSRZ2.

Minggu bnyk jgk aktiviti aku dpt buat....aku dpt spend quality time with my dotter n son. Dpt bersih dlm rumah dan laman rumah. Puashati la...walaupun tak bersih sgt pun. Yela...bdk2 ni..16 kali aku simpan mainan dorang..16 kali la dorang sepahkan balik. Bapak dorang pun lebih kurang...repair keta la konon..kat situ la dia akan tggl spanar dia..kat situ la dia akan tggl kain buruk dia..dan kat situ la dia akan tgglkan sampah. Kat mana dia bt keje....kt situ akan ada samph...mcmne aku tak membebel... termengumpat laki sendiri plk..opss..

Mggu lepas...kami g Gambang Waterpark.. org tgh cuti Hari Pekerja, ramai giler org..aku xsuka org ramai sgt..duk imagine air kolam akan tercemar dgn air kencing n ludahan org..tp suami aku berkeras nk masuk sbb dia dtg jauh dr Kelantan kot nk mandi manda kt situ...so aku pun pasrah. Klu aku baik sewa hotel yg ada pool...g je main kat situ. Sini crowded gile. Jln pun bole terlanggar bahu..kami tak lama pun kat situ...dlm 2 jam je...nk kenal tmpat je. Tapi, bg aku...yg the best setakat aku pegi ialah The Lost World of Tambun...nk pegi lagi sekali..tp cam jauh je..kena pegi masa aku still larat lagi...or else nnti baby besar la jawabnye...



Budak2 ni sepahkan buku...tp xpela..atleast teringin jgk dorang nk membelek buku tnpa disuruh2...

Monday, April 13, 2015

Aisyah jauh di mata

Dah dua bulan lebih aku kat sini...dan dah dua minggu Ariff ikut aku.. Walaupun aku dah sedikit cerian, tapi hati aku tetap tak tenang, sebab anak pompuan kesayangan aku masih terpisah jauh dari aku. hukhuk*sedihtakterkata

Aku masih teruskan balik setiap minggu dengan geng sekampung aku. Cuma penatla sket, travel jauh2... balik pulak kejap jek.. tiap kali nak datang Kuantan balik, memang sedih yang amat nak tinggalkan Aisyah. Terbayang2 tangisan dia pangil aku.. Lagi sedih bila abah dia bercerita, lepas dia balik dari rumah Ummi dia...dia tercari2 kitaorg kat umah..**sedihOK!!

Sabar la duhai hati....Sabarla Aisyah...Ibu sedang usahakan untuk pulang semula bertugas kat sana...duduk dekat dengan orang-orang kesayangan Ibu.. Walaupun Ibu bawak Abg Ariff dengan Ibu, Ibu tanak pisahkan anak2 Ibu sebenarnya, tapi Ibu nak kurangkan beban Abah kat rumah...

Doakan Ibu cepat pindah!

Tuesday, March 3, 2015

Bersiaran dari Kuantan....

Hi..

Dah lama aku tak jenguk blog aku ni sebab aku takde pc dan takde internet.. sekarang dah dapat.....

Aku dah sebulan bekerja di Kuantan.... jauh dari anak2 dan suami. Jadi single semula....tapi Alhamdulillah...aku ditemani oleh anak ke-3, mudahan kandungan aku takde pape masalah. Walaupun aku masih lagi mabuk, muntah2...loya2...malas2, namun hidup aku mesti diteruskan macam biasa dan kehidupan sekarang jauh beza dengan kehidupan aku kat Kota Bharu... sangat2 berbeza...

Aku sini lepas Isya' dah tido....bangun lepas azan subuh. Panjang waktu tidor aku. Takde nak bangun malam2 bancuh susu Aisyah... Nak kena basuh baju anak2 dan suami... tak payah susah2 nak masak, aku beli kedai ke makanan malam aku...tak payah nak kemas2 rumah...takpayah nak iron baju keje suami. Aku rilex sangat..... tapi.....aku tak happy pun..... aku asyik duk teringat rumah...ingat anak2 kesayangan aku...betapa aku dah terlepas saat2 berharga utk lihat proses tumbesaran mereka... aku rindukan kehidupan aku yang sibuk dulu.....

Dah la dulu....aku dah start nangis dah ni.......

Wednesday, February 25, 2015

My feeling right now....

Ini lah dunia aku buat masa sekarang...being away from my kids is killing me...really.....i miss them so much....for how long i have to be like this???? I miss my old life....really really miss that moment. Help me Ya Allah...please give me a chance to go back to my old life again....

What are my kids doing now??are they okey??just wondering....are they missing me too like i do feel now??

Ariff....Aisyah....ibu miss both of u so much!!

Monday, February 2, 2015

Malas....

Malasnya nak kemas barang2....sejak akhir2 ni aku dah diserang penyakit malas yang agak kritikal. Sgt2 kritikal...aku harapkan suami je amik alih tugas aku buat masa sekarang ni....kerana aku betul2 tak larat... cepat2 la berlalu musim malas ni....sebab banyak benda aku nak settle kat rumah aku tu.

Hari ni datang kemas barang2 kat ofis..tu pun dalam keadaan terpaksa sebab esok aku dah nak berehat je kat hospital dengan Ariff. Oppss...lupa nak khabar...Ariff masuk wad semalam...sebab batuk dan muntah2. 

Wednesday, January 28, 2015

Tak larat...

Sejak dapat tahu mengandung, otomatik aku jadi tak larat..
makan tak lalu...nak masak pun malas..
nak kemas rumah pun malas...
Rasa nak baring atas katil je
Belah malam...memang aku serahkan tugas tengok anak2 kat laki aku je
yang aku rajin dan sentiasa rajin adalah basuh baju je
dah dua malam aku tak masak makan malam
Malam ni aku nak buat nasi goreng...dan goreng kerepok je

Aku lapar...tapi tanak makan, nnti tekak aku loya
Rasa sejuk ke sepanjang masa..kat ofis tak on pun aircond..
kat rumah, kipas buat paling slow...kadang2 tu tengok Aisyah menjejeh2 peluh masa duk main
kesian budak2 ni
Mandi tak kira pagi ke petang ke malam ke, aku guna water heater...klu tak mengigil2 aku
Sejuk lain macam je...

setakat tu dulu luahan aku kali ni



Sunday, January 25, 2015

Alhamdulillah......Syukur untuk rezeki yang melimpah2...

Semalam sampai dari KL dalam pkl 10 lebih. Penat sgt...

Dalam perjalanan balik, xth dekat mana...rasanya dah lepas Merapoh, ada org2 kampung duk jual buah keranci kat tepi2 jalan... jeruk pun ada..tetiba je rasa teringin nak makan jeruk asam jawa berlada.. bestnya...dah lepas, asben nak patah balik...tapi cam leceh lak... xpayah la patah balik. Tapi sampai hari ni asyik duk teringat je jeruk tu.

Sepanjang perjalanan semalam...aku rasa cam loya...nak muntah tapi tanak muntah. Nak sendawa je... Mcm pelik...aku pregnant lagi ke?

Hari ni keluar jap hantar gi basuh kereta...singgah farmasi beli pregnancy test.......cam berdebar je nak gi tandas....

Bila dah test................sah......aku mengandung lagi. Taktahu perasaan camne.....positive. Rezeki Allah untuk kami sekeluarga...

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Sunday, January 18, 2015

Syukur...

Alhamdulillah.....
Ptg semalam aku dikhabarkan lagi dgn berita gembira
aku dinaikkan pangkat... Tapi aku terpaksa bertukar ke Pahang
Terduduk aku...yg pertama dlm kepala aku dah tentu anak2
sedih wei....

Sejak aku balik dari Johor, aku sgt2 selesa kat sini
aku tak penah terpikir psl kena tukar
bila dh betul2 jadi....mmg aku terkesima seketika
Dah la rumah aku baru masuk....
kami baru nk stabilkan hidup kami
adjust itu dan adjust ini
Bila dpt berita kena pindah, mkna belanja makin bertambah
naik pangkat....gaji bukan naik bnyk sgt pun

Ya Allah, berikan aku jalan....,tunjukkan aku jalan
yang tak merugikan aku...
Yang terbaik itu datang dariMu ya Allah
tunjukkan aku jalan....

**meh2 nok gi perang aku ni....dulu masa inteview buke main ckp kt panel temuduga "saya bersedia untuk ditukarkan ke mana negeri yg memerlukan khidmat sy"....dan ternyata ayat tu amat2 HIPOKRIT



Thursday, January 15, 2015

Alhamdulillah.....syukur.....

Alhamdulillah...
Internet kat bilik dah OK...

Alhamdulillah...
bonus dah masuk hari ni...

Alhamdulillah...
Dah siap dan hantr 2 fail semalam..

Alhamdulillah....thank you ALLAH!

Sunday, January 4, 2015

Cerita aku hari ini

Lama aku tak menulis kat sini....kat tmpt aku ni dilanda bencana bnjir yg agak luar biasa baru2 ni...ni baru aku rasa lega sket...org lain yg jadi mangsa bnjir mungkin tak lega lagi kot...dorang kena basuh rumah n asingkan brg2 yg dh terselam air...ada jgk sebulan dua klu nk clear suma tu. Alhamdulillah mujur sgt air bnjir hari tu xsempat msuk dlm rumah. Sbnrnya dh nyaris2 nak masuk..kt tmpt yg ktitikal bnjir, bekalan elektrik n air bersih baru je disambung semula..bygkan la, walaupun bnjir dh lama surut, tp xleh jgk nk cuci rumah sbb xde air n letrik...hmmm...lupakan dulu seketika psl bnjir ni..

Bnyk nk cerita...tp xth mn nk mula...

Since kita ni masih di awal tahun 2015...jadi aku pun nk share jgk azam aku ni. Aku xde azam baru pun..ni semua azam tahun2 lepas jgk...the key points aku nk improving myself in term of work skill n interpersonal skill as well...aku nk sentiasa positive, taknak fikir serong dgn org...senyum sepanjang masa

Sudah pasal azam tahun 2015...tahun ni Ariff aku dh dftr masuk nursery sbb pengasuh yg hari tu nk boleh nk jaga dua2 Ariff n Aisyah. Dia nk hntr anak dia pegi tuisyen lepas sekolah, jadi tinggal la Aisyah sorang je dgn pengasuh tu. Asalnya nk hntr Ariff tadika terus tapi Ariff xlayak lg nk masuk tadika. Takpe masuk je la nursery dulu....belajar berkawan n bersosial..bila dh smpi masa, kita transfer plk dia g tadika. Aku risau jgk takut dia xleh nk adapt dgn suasana nursery...risau xde budak nk kawan dgn dia sbb dia xpandai sgt bercakap...huhu..minta2 Ariff suka duk situ nnti

Pagi ni aku bngun...mandi awal2...kemas rumah sket2 dan goreng nasi. Sbb smlm ada lebih ikan sardin, jadi aku try buat nasi goreng ikan sardin..dan frankly aku ckp, nasi goreng aku rasa mcm ikan sardin,..ni first time aku buat nasi goreng ikan sardin. Anak2 mmg xnak mkn langsung.

Akhirnya....aku jugak yg kena mkn nasi goreng ni. Mcmne la muka aku x makin bulat...aku la yg kena habiskan mknan yg anak2 n suami tnggalkan...nk buang membazir.

Aisyah prefer biskut cicah air milo

Ariff langsung tanak makan