Tahun ni kali kedua aku berpuasa di rumah mertua. Pengalaman berpuasa di rumah mertua mesti la tak sama macam aku berpuasa di rumah makayah aku atau rumah sendiri. Aku tak boleh bertindak sesuka hati aku je, semuanya kena tanya tuan rumah..boleh tak gini? boleh tak klu buat camtu?..aku kena cuba untuk 'please'kan suma orang..hahaha kena cuba buat benda yang aku tak pernah dan tak suka buat. Contoh yang paling jelas; aku tak suka masuk dapur orang...haha.. Jadi aku kena pretend selalu2 lepak kat dapur... kemas itu kemas ini..basuh pinggan yang tak terbasuh... kena buat2 rajin. Aku tak suka masuk dapur orang, yela sebab tu bukan territory kita, tak boleh buat sesuka hati, walaupun mungkin orang tu sebenarnya tak kisah pun...aku je yang rasa tak best. Lain la kalau dapur rumah kita sendiri, kita tahu mana kita letak barang... boleh buat apa yang kita suka. Ni tak, walaupun dah nak dekat 2 tahun menumpang umah mertua aku, masih tak tahu mana nak cari barang tiap kali masuk dapur...
Dulu sampai sekarang, aku jarang je memasak. Semua tu mak mertua aku buat. Aku cuma tolong makan je dan buat kerja2 mengemas. Tapi jarang2 aku masak jugak hidangan yg simple2 je mcm telur goreng..ahaks
Biasa kalau kita balik rumah lepas kerja, kita nak lepak2 n baring2 dulu kat bilik lepaskan lelah... tapi bila kat rumah mertua, aku tak sanggup nak melepak lama2 dalam bilik dgn anak2 suma. Balik2, lepas salin2 baju kena la keluar tunjuk2 muka, tnya2 khabar, borak2 dulu...lepas tu suka hati ngko la nak buat apa...
Kalau tengok tv, aku tak pernah nak baring2 depan tv. Kena jaga tatasusila. Haha...Duduk elok2 tngok tv tu pasal aku jarang sangat aku tngok TV kat rumah mertua aku.
Satu lagi, kalau nak membeli, kena ingat jugak dekat mertua...kena selalu bawak balik buah tangan, nak amik hati mertua la katakan....tak jugak, sebab mertua aku dah menjaga anak2 aku seharian dari pagi sampai lewat petang,..penat tau jaga budak2 kecik ni...so selalu la bawak balik kuih ke lauk ke atau apa2 kat rumah...kalau aku ada kat rumah waktu hujung minggu memang aku dan suami akan ke pasar cari sayur2 dan lauk dan daging. Tapi kalau aku balik rumah makayah aku, suami aku biasa akan tinggalkan duit utk beli lauk...
So, sempena bulan Ramadhan kali ni, terasa rindu pulak aku nak memasak kat rumah sendiri. Macam 2 tahun lepas, waktu tu aku tengah mengandungkan Ariff, dah sarat dah time tu... kerap jugak la aku masak utk buka puasa, walaupun terkejar2 kat dapur sebab balik rumah pun dah pukul berapa... suntuk sangat masa kat dapur. Dan waktu tu jugak, malam2 aku terbongkok2 buat biskut raya sorang2 kat rumah...suami aku keluar terawih.
Tahun ni aku tak buat pun biskut raya.... kalau aku rasa nak buat, aku akan buat kat rumah makayah aku je. So, apa yang aku cuba sampaikan kat sini, that wasn't me masa kat rumah mertua. Aku kena jadi hipokrit jugak utk jaga hati orang... itu mesej yg aku cuba sampaikan. Buat, overall aku ok je tinggal rumah mertua. Rate: **** star!