Monday, December 31, 2018

Bye 2018. Welcome 2019

Last day in 2018.

Kerja masih seperti biasa. Dan semuanya masih as usual except our age la yang akan meningkat every year. Kulit dah dah berkedut sana sini. Uban dah makin banyak. Kubur dah memanggil2 dan rumah dah kat pergi... Gitu la kitaran hidup kita ni ye anak2. 

Hopefully tahun 2019 our life became more better interm of financial, relationship, etc..  Semoga Abg Ariff makin rajin dan bersemangat ke sekolah. Semoga Aisyah dan Alisha membesar jadi budak2 yang cerdik. Semoga Aliyah membesar dengan sihat. 

Esok Abg Ariff dan sekolah. Ibu nampaknya kena bangun awal. Bermula la semula rutin hidup Ibu yang hectic,..

See you kids in 2019

Sunday, December 30, 2018

MAPS

Untuk penutup tahun 2018, kita dah pergi bercuti kat MAPS. 

As usual la, kalau bab jalan2 macam ni mesti Abah yang terlebih over dan Ibu pulak selalu malas nak jalan2 sebab penat, nak basuh baju.. nak kemas rumah dan sebagainya. Biasala Ibu. 

Kita tido kat Impiana Hotel semalaman sebab bagi chance anak2 Ibu mandi kolam dulu. And the next day baru gerak ke MAPS. Ibu rasa kat sana best pegi kalau anak2 dah besar panjang. Kalau macam sekarang ni tak best sebab:


  • Ibu bawak baby Aliyah. Bila ibu nak menyusu Ibu tak jumpa nursing room. Nyesal pulak Ibu tak bawak nursing cover Ibu. Kesian Aliyah masuk pukul 10.30 pagi, dia dapat menyusu bila keluar dari MAPS.
  • Ada certain2 permainan tak sesuai untuk budak kecik macam Sarah. So, agak terhad la untuk Sarah
  • Panas terik dan tak sesuai untuk bawa baby kecik macam Aliyah
  • Makanan as usual la kat theme park mana2 pun akan mahal giler
  • Kalau nak pergi tu elok la pergi bukan waktu cuti sekolah. Sebab nk beratur untuk main panjang weeeii. 
InshaAllah kalau umur panjang, bila anak2 dah besar kita pegi sekali lagi ye anak2.

Enjoy the pictures. 
Breakfast kat hotel



Selepas check out. Ambil gambar dulu sebab tak pernah jumpa christmas tree yang besar gedabak camni

We all ceria lagi sebab baru sampai. 



Masa ni Sarah merajuk tanak pandang camera



Tak banyak pun gambarnya. Yang indoor sempat la ambil sikit. Yang outdoor mmg tak ambil gambar la sebab panasssss melekit. 

Setahun sudah berlalu....

Setahun sudah berlalu. Dua tiga hari lagi kita akan masuk ke tahun 2019. 

Apa kebaikan yang kita sudah buat dalam setahun ni? Apa sumbangan kita? Apa pencapaian kita setakat ini? 

Banyak yang perlu kita hisab. Tapi yang lepas, yang mana kurang kita jadikan iktibar.. yang penting kita usaha lagi di masa akan datang. 

Bercakap pasai Ibadah kita ye anak2. Ibadah kita yang kita duk buat tu tak akan pernah cukup untuk dijadikan bekalan di akhirat kita. Life span kita berapa lama je,.. mungkin kita start solat dan baca quran bermula kita akil baliq.. lepas tu sampai umur sekarang ni lets say umur Ibu sekarang ni dah 37 tahun,ibadah Ibu selama 25 la katakan takkan pernah cukup untuk bekalan ni alam kubur dan alam akhirat kita yang kita tak tahu berapa lama ye anak2 sebelum kita ditentukan masuk syurga akau ke neraka (nauzubillah).  Sebab tu orang lain duk berlumba2 mencari pahala. Macam2 orang buat, solat kat masjid, buat solat sunat, posa sunat, tahajjud, derma sebanyak mana yang depa boleh, berbuat baik dengan orang. Cari pahala in any ways they can. Cari keredhaan Allah seboleh mereka buat. 

Frankly speaking, talk about Ibu. Ibu sebelum ni tak pernah kisah about mencari pahala. Ibu tak pernah terpikir nak bangun malam untuk bertahajjud. Ibu tak pernah mencari malam lailatulqadar. Ibu tak pernah terfikir pasal itu. Ibu hanya buat yang wajib sahaja. Ibu solat fardhu. Ibu posa di bulan Ramadhan. Dan kalau Ibu posa pun Ibu posa ganti jek. Betapa lalainye Ibu ye anak2. 

Tapi tup2 tahun ni... tahun 2018, Ibu rasa Ibu tersedar dari tido yang lena dan hidup yang selesa. Bila Ibu mula jadikan radio IKIM sebagai radio wajib dalam kereta Ibu, banyak benda Ibu mula perasan. Ibu mula tersedar yang Ibu ni terlalu selesa hidupnya. Ibu tak pernah berusaha untuk mencari pahala sebanyak mana yang boleh. Dan pahala ibu dari perkara yang wajib dan sunat pun belum tentu Allah terima. Mungkin Ibu dapat 100 pahala, yang sampai ke akhirat kelak cuma 5 shj. Sebab apa? Pahala Ibu mungkin dah kena tolak sebab Ibu buat dosa. Ibu mengumpat ke.. Ibu bergaduh dengan Abah ke...Ibu dengki dengan kawan Ibu ke.. bila dah banyak dosa, pahala Ibu akan kurang la. Kita tanak la mcam tu kannn.

So, sempena tahun baru. Ibu nak menyeru anak2 Ibu yang bakal besar panjang ni. Bila U alls baca blog Ibu ni, for sure u all dah cerdik pandai. Ibu nak seru anak2 Ibu yang hensem dan comel2 tu. Jomla kita berbuat kebaikan. Kita cari pahala banyak2. Kita jadi orang yang Allah sayang. Macam mana nak Allah sayang kita? Kita kena jadi baik la. 

Zaman anak2 Ibu lagi mencabar. Dugaan lagi benat mungkin. Cari la kawan2 yang baik. menjaga solat juga agak susah pada mulanya ye anak2 sebab Ibu pun macam tu. Tapi bila kita dah mula menjaga solat, InshaAllah kita akan rasa susah nak tinggal solat nanti. 

Ibu doakan kita semua akan bersatu semula di syurga. I love u kids with all my heart. Jomm.. sama2 kita cari pahala. 

Wednesday, December 26, 2018

Ke UTC lagi

Salam Isnin...

Kita dah dihujung 2018 dan lagi seminggu nak masuk 2019. Semoga tahun baru akan bawa lebih banyak kebaikan, keuntungan, kesihatan yang baik pada kita semua, keluarga kita dan oarng2 disekeliling kita.  Semoga kita semakin bersemangat untuk bekerja, belajar, beribadah serta beribadah.

Semalam Ibu MC sebab sakit kepala. Sambil nak ke klinik tu Ibu singgah dulu UTC nak settlekan tabung haji Aliyah. Abg Ariff pun ponteng Qiraati dia sebab temankan Ibu.  Alhamdulillah.. semalam dah settle. Lepas tu Ibu sempat la pegi shopping baju anak2 untuk pakai harian. Then,  Ibu pegi  buat spek baru sebab ofis Abah bagi subsidi tahunan utk spek. So, sebelum tahun 2018 berakhir, maka Ibu pun buatla spek. Lepas beredar dari KB Mall Ibu ke klinik dan lepas tu menuju ke sekolah Ariff untuk beli buku2 sekolah. Ibu budget2 sampai sana 2.30ptg tapi bila sampai tengok koperasi berkunci. Bila check balik wasap kelas Ariff rupanya koperasi buka dari 9pagi hingga 2 petang. Ayyoooo, punya la Ibu duk berlengah sebab nak pegi sana pkl 2.30. Hampa la sebab tak settle jugak urusan sekolah Ariff. Lepas tu terus amik Aliyah dan terus balik. Sampai rumah, goreng dan makan kepok lekor je. Bertahan dengan la sampai malam.


 

Thursday, December 20, 2018

Mengumpat

Salam Khamis..

Ibu nak luahkan perasaan. Ibu sedang baiki diri IBu untuk jadi orang dan hamba Allah yang lebih baik. Ibu cuba buat kebaikan. Tapi satu je sampai sekarang menjadi cabaran buat Ibu dan agak susah bagi Ibu nak elakkan iaitu MENGUMPAT. Astagfirullahalazim... Kadang2 Ibu tak mula pun, bila orang datang bergosip kat tempat Ibu, indirectly Ibu akan terlibat. Dan kadang2 Ibu jugak yang mulakan. Dan lepas tu... Ibu menyesal sangat2 ye anak2. Ibu pun tak tahu macam mana nak minta maaf dengan orang yang digosipkan tu. 

Takde orang yang boleh ubah Ibu, unless Ibu sendiri yang bertindak untuk berubah. Astagfirullahalazim...

Jangan kecam Ibu ye. Ibu menyesal. InshaAllah Ibu akan elakkan selepas ini.

Ya Allah, berikan kekuatan untuk aku menjadi Hamba Mu yang lebih baik.

Monday, December 17, 2018

Allah mudahkan kita.

Assalamualaikum selamat pagi...Salam hari Selasa. Pagi ni dah bermula dengan hujan. Kejap lebat, kejap reda. Tadi pagi masa sampai ofis, hujan lebat sangat. Lepas tu pegi drop Aliyah kat nursery dia dan Ibu dan Abg Ariff keluar breakfast. Ariff nak makan kat KFC, so Ibu layankan je la. Dah nak dekat dgn KFC, tiba2 hujan reda, rintik je. Ariff tanya Ibu, kenapa hujan tiba2 berhenti. Ibu cakap kat Ariff, Allah tahu kita nak pergi makan. So, Allah mudahkan kan perjalanan kita. Allah kan tahu apa kita nak buat, Allah boleh nampak kita. Allah cakap ni Siti Rahimah dan Ariff Sufyan ni nak pergi makan. So, Allah tolong kita redakan hujan sekejap. Jap lagi lepas kita siap makan, hujan akan lebat balik. Ibu harap apa yang Ibu cakap akan tinggalkan kesan di hati Ariff. Ibu pun secara tak langsung rasa sebak pulak. Betapa Allah sayangkan kita. 

Siap2 makan, hujan dah mula lebat semula. Pegi hantar Ariff kat nursery dan Ibu terus pegi pejabat. 





Sunday, December 16, 2018

Hujan lebat

Sekarang Ibu kat rumah dgn Aliyah je. Aliyah plak tido dlm buaian. Abah dgn yang lain balik umah nenek. Sunyi pulak Ibu sebab sekarang hujan tengah turun dengan lebat. Langit gelap. Macam nak masuk malam.

Ibu ingat nak bersihkan rumah, tapi takut Aliyah jaga sebab nanti Ibu nak on kan vacuum. Sudahnya Ibu pun lepakla atas katil. Tapi dalam hati Ibu, Ibu susah hati sebab baca kat news katanya puak Uighur kat China sekarang sedang ditindas oleh pihak Kerajaan China. Masjid mereka dirobohkan, mereka dipaksa murtad, dizalimi dan Ibu sememangnya susah hati bila saudara2 kita dalam kesusahan. Kat Yemen pula nnti tahun 2019 dijangka mangsa perang saudara akan meningkat lagi 12j orang. Can u imagine? Our brothers and sisters are in trouble.. mean while we are here are very comfortable but yet dont know how to bersyukur. Whilst our brother and sister over there are struggling for their life and they dont have future. Kesian mereka. And my duas and prayers always with them. 


Thursday, December 13, 2018

Hafal sifir

Alhamdulillah. Tengah2 pening nak atur perbelanjaan diakhir2 tahun ni, tiba2 Allah bagi rezeki kat Ibu, yang mana rezeki untuk anak2 Ibu jugak. Syukur

Hari ni dah penghujung minggu. Ibu memang tak sempat nak update apa2 minggu ni sebab Ibu ada bengkel kat dewan dekat ofis Ibu ni dari pagi sampai ke petang. Lepas tu pulak ditambah Ibu terpaksa cuti sebab Aliyah demam selsema. Kesian budak kecik tu. Macam kerap sangat pulak dia tak sihat kalau nak dibandingkan dengan Abang dengan kakak2 at their age. Badan dia pun haluss jah. Lately sejak dia demam ni, makan pun macam tak lalu je. 

Ibu dah settle beli baju sekolah dan kasut sekolah Abang Ariff. Beg sekolah dah ada. Alat tulis pun almost complete. Cuma kaler dengan pencil box saje lagi yang takde. Yuran sekolah Alisha dan Aisyah belum settle lagi. Ibu tak sempat nak pegi draw duit. InshaAllah minggu depan ibu settlekan. Minggu depan jugak Ibu kena ke koperasi sekolah Abg Ariff untuk beli buku2 sekolah dan kelengkapan sekolah yang lain cam pakaian sukan dan necktie. 

Abg Ariff, Abg Ariff ingat ke.. cuti ni Ibu paksa Abg Ariff hafal sifir. Mula2 Ibu mula dengan sifir 2 dan 3 je dulu. Masalahnya Abg Ariff ni keras kepala sikit. Selamba je dia reply 'TAKNAK'. Terus Ibu naik angin. Ibu siap ugut nak kurung Ariff kat bilik gelap kalau tanak hafal. Thats the only way Ibu can do. Ibu tahu Ariff takkan heran pun nak baca sifir ke hape. Last2 dalam kepayahan tu, akhirnya Ariff dah ingat sifir walaupun bukan 100% lancar. Lepas dah ingat sifir, Ariff dah macam semangat nak hafal sifir 4 dan 5. Tapi nampak setakat ni takde duk hafal pun sifir 4 dan 5. Ibu dah janji kalau ingat sifir 2 hingga sifir 5, Ibu benarkan Abg Ariff download satu game dalam Ipad. Dan walaupun dah nak habis cuti, Ariff masih tak ingat sifir lagi. 




Monday, December 10, 2018

Aliyah demam lagi

Its almost 2am but Ibu still cannot sleep. 

Aliyah had a cold fever again for the second time. I just made garlic oil for her as a remedy since she cannot take any medication other  than pcm. Before that Ibu just gave 20ml pcm since she cannot sleep and coughing a lot. After took pcm, she looked a bit calm and less cough. Then when she fell asleep, ibu rubbed her chest and back with my garlic oil. Her cough is gone for this moment but her nose is full with mucus. 

Ibu doesnt prepare anything for any urgency if kids were not well. Ibu just believe in natural cure. 

Actually Ibu cant wait to go back to office aftet 4 days cuti. I have tonned of works and I need to settle it by January. Hopefully Aliyah will be fine tomorrow mornig  and Ibu can go to work. 

Aliyah....please get well very soon.  

Monday, December 3, 2018

Memories..

U know kids, it's already two years Ibu come back to Kelantan from Kuantan. 

Just now, Ibu was scrolling my old emails and I found out an email that Ibu sent to HQ. How emotional that email was..

Ibu miss Kuantan soo much. Ibu miss my friends so much. Ibu miss my housemate so much. Ibu miss baby Alisha so much. How time flies so much. Alisha is no longer a baby. She already has a baby sister.

Tomorrow Ibu has to start doing work seriously. Time to go home. 

Welcome December

Already in month of December... tak lama lagi datang la 2019.

Ibu dan abah makin tua. Anak2 makin membesar. Kiamat makin dekat..

Anak2, kiamat dah makin hampir sangat dah. Mungkin anak2 tak sempat nak merasai dunia dewasa. Mungkin anak2 tak sempat nk merasa alam perkahwinan. Mungkin anak2 ibu tak sempat nak baca apa yang Ibu tulis kat sini. Kita sebagai hamba Allah, kenala bersiap sedia, dari segi amalan kita, ibadah kita kepada Allah. Semoga kita tergolong di kalangan orang2 yang beriman. InshaAllah kita akan jumpa kat syurga nanti dan Ibu doa semoga kita akan bertemu dan jumpa sebagai sebuah keluarga semula kat sana. Ibu sayang sangat kamu ye Anak2. Ibu marah2 sebab Ibu sayang kan kamu semua. Ibu nak kamu menjadi orang yang berguna dan orang2 yang berjaya. 

Hari ni dah hari Isnin. Ibu nak cerita sikit pagi ni. Abang Ariff macam biasa la dia selalu buat hal pagi2. Nasib baik je sekarang cuti sekolah. Kalau hari sekolah memang kena bebel dengan ibu je pagi2 sebab suka lengah2. Lengah2 kat bilik air, masa nak pakai baju. Endup dia akan sentiasa lewat ke sekolah.  Tapi disebabkan sekrang cuti sekolah, Ibu takde la sestress masa hari sekolah. Tapi kalau dah suka lengah2, isu lain pulak yang timbul. Ibu lewat masuk keje la pulak. 

Mula cuti sekolah ni, kalau takde halangan.. Ibu akan bawak Abang Ariff pegi sarapan sebab kesiankan dia nanti lapar kat nursery. Nursery takde sediakan breakfast. So, ceritanya pagi tadi.. Ariff bising2 nak pegi breakfast.. jadinya Aisyah pun nak ngikut Ibu jugak. Ibu bukan taknak bawak Aisyah breakfast tapi haluan sekolah Ariff dan Aisyah berbeza. Aisyah patutnya pegi dengan Abah dan Alisha tapi dia berkeras nak pegi dengan Ibu. So, Ibu bawak je la. Then Ibu fikir why not bawak Aisyah sekali breakfast dulu dengan Ariff then barula Ibu pegi hantar sekolah. Mula2 kita drop dulu baby Aliyah kat nursery then kita pegi breakfast kat KFC sebab Abg Ariff nak makan mac& cheese. 

Sampai KFC, makanan pun tak siap lagi padahal dah pkl 8. Abg Ariff dan Aiysh order mac & cheese.. ibu makan burger. Kemain lama nunggu mac & cheese. Tapi endup Aisyah tanak makan mac & cheese dia. Abg Ariff yang habiskan Aisyah punya. Ok, kat KFC tu dah lama. Lepas tu pegi isi minyak. Then pegi hantar Aisyah kat nursery. Agak jauh jugak la. Dah tu lampu isyarat semua pulak merah je. Lepas tu singgah kedai runcit belikan Abg Ariff roti. Then baru la hantar Ariff semula kat nursery. Ibu masuk ofis dah 9.30 pagi. Sikit punya lama la keluar breakfast. 

Aisyah, Ibu bukan tanak bawak awak makan pagi. Laluan ke sekolah awak berbeza dengan laluan Ibu. Kalau Ibu pegi hantar awak dulu, Ibu akan lambat. Lepas tu pulak, lepas order makanan semua awak lak tanak makan. Anginnn la Ibu. Ibu dah cakap, esok2 pegi dengan Abah. Ibu dah warning Abang Ariff jangan duk bising2 depan adik2 yang kita nak pegi breakfast. 

Anak2, Ibu bukan nak pilih kasih ke hape. Kalau buleh Ibu nak semua anak2 ibu breakfast dulu. Tapi tu Ibu tak terdaya nak buat macam tu sebab Ibu keje. Lagipun Aisyah dan Alisha ada breakfast kat sekolah kannn?? 

OK, itu sehaja entry Ibu hari ni. Love u anak2........










Thursday, November 29, 2018

Selamat Hari lahir Kekasih Kami Nabi Muhammad SAW

Selamat Hari Lahir Ya RasulAllah...
Betapa kami merindui untuk bertemumu Ya RasulAllah
Semoga Kami berada dikalangan umat2mu. 
Amin

Aisyah ikut Ibu datang ofis

Hari Khamis 29/11/2018.

Aisyah ikut Ibu datang pejabat sebab daycare dia tutup sempena cuti peristiwa. Ntah peristiwa menda. Tak tahu mana nak campak budak ni, maka bawak la dia ke pejabat. 

Antara ramai2, Aisyah paling senang, paling tak mengaco kalu datang ofis. Klu Ariff dia agresif. Selalu nak keluar jek. Lepas tu berlari sorang2 kat luar. Ibu takut mengganggu orang lain aje. 

Alisha Sarah pulak, dia la paling mengacau. Dia pun ada jugak2 keluar mencari perhatian orang, tapi masa dia datang tempoh hari office mate Ibu takde jadi Ibu lega la sikit. Tau2 la Alisha tu mana boleh disekat2 nanti mengamuk. 

Aisyah sebelum datang ofis, Ibu dah pesan siap2. Duk dalam bilik je. Jgn duk keluar masuk bilik nanti kawan Ibu taksuka. Dan nampakknya dia memang menghabiskan masa dalam bilik bermain dgn alatulis yang dia takpenah jumpa. Main cop.. main puncher, main stapler. Kagum sangat dia dengan barang2 yang takpenah main tu. End up, bilik Ibu bersepah2 dgn sisa kertas puncher tu. 

Hari ni tadika Alisha dan Aliyah ada jamuan makan. Ibu hanya bekalkan ke pisang jek. Ok la dari tangan kosong... masing2 kemain pakai baju raya. Sampai Aisyah pun mengamuk nak pakai baju kurung jugak. Tapi pujuk2, ok la dia pakai tshirt dan seluar. Tapi yang baru punya beb.. baru keluar plastik. 

Gambar Alisha ni masa dia datang ofis Ibu dalam bulan Oktober lepas

Pakai gaun kak Alisha. Saya punya Ibu tak beli pun

Ni pun masa Alisha datang ofis Ibu dalam bulan Oktober lepas









Wednesday, November 28, 2018

Breakfast dengan Ariff

Hai anak2.

Bang Ariff ingat ke cuti sekolah hujung tahun bang Ariff camne?? 

Hari ni hari Selasa. Ibu keje half day ke hari ni sebab tengahari ni Ibu nak bawk Aliyah ke klinik untuk monthly check up.  

Cuti sekolah ni Abang Ariff stay kat nursery Baby Aliyah. Pagi2 sebelum ke nursery Ibu akan bawak bag Ariff breakfast dulu sebab kat nursery takde sediakan breakfast. Ahad 25/11/18, Ariff datang dgn Abah sebab Ariff dari rumah kita, Ibu datang dengan Aliyah sebab Ibu dari rumah Tok Mek. So, Ibu just tinggalkan biskut dengan air kotak coklat je untuk Bang Ariff breakfast sebab Ibu tahu Ariff mesti perut kosong pagi tu. Abah cambiasa la, dah tebiat dia suka buat kerja last minute then dia akan kelam kabut setiap pagi kerana kelewatan. Dan biasanya dia tak kan ada masa nak amik tahu anak2 nak makan apa untuk alas perut. Biasa la Abah. 

Isnin 26/11/2018, Ibu tak sempat bawak Abang Ariff breakfast sebab Ibu ada meeting pukul 9. Just bekalkan Abg Ariff biskut dan air kotak sahaja. Tengahari abang Ariff cakap dia makan roti canai sahaja. 

Selasa 27/11/2018 iaitu semalam, Ibu bawak Ariff makan kat KFC. Dah lama Ariff nak makan mac & cheese. So, Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat dia nak makan macaroni. Ibu plak makan zinger burger tak silap. Mula2 makan, air tea tumpah atas tisu... masa nak makan burger tiba2 telur kuning tak separuh masak meleleh kat tangan dan bertitik2 atas meja. Fine, ibu lap dan sambung makan. Dan bila dan tinggal sikit lagi, tiba2 ayam burger jatuh dalam air kopi Ibu. Allahuakbar... kenapa la makan ibu tak lancar pagi ni?? tengahari pulak Abang Ariff cuma makan bubur nasi. 

Hari ni, hari Rabu 28/11/2018, Ibu bawak Abang Ariff makan roti canai kat area nursery Ariff. Ibu dah bekalkan Ariff dengan air kotak coklat dan nugget. Kot2 Ariff lapar duk nursery nanti.Tengahari ni Inshallah ibu akan ambik Ariff dan Aliyah awal skit nak bawak ke klinik. 


Esok 29/11/2018, InsaAllah, ibu bawak Ariff makan nasi berlauk pulak.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

Sunday, November 25, 2018

Ariff and Aisyah ke Kuala Lumpur

Cuti sekolah dah bermula.
Ibu dah dua hari tak jumpa Ariff dan Aisyah. Jumaat lepas, Ariff dan Aisyah ikut abah ke KL, Ibu dan adik Aliyah serta Alisha balik rumah Tok Mek. Abah ada ajak Ibu join sekali ke KL tapi Ibu tanak pergi sebab hari ni Ibu kerja. Dalam masa yang sama, Ibu nak berjimat sebab bulan ni Ibu nak membayar yuran sekolah Aisyah dan Alisha. Dalam bulan ni jugak Ibu nak bayar insurans baru utk Ibu dan anak2 ibu. So, Ibu really need to save money for all this expenses. Kalo Ibu pegi KL, rasanya balik dari KL Ibu dah kena puasa sebulan. 

Tak pe kids, nanti Ibu plan elok2..soon kita pegi holiday ok... Atleast a bit proper and organize with a itinerary. Macam abah ni dia nak gi KL sebab nk bawakkan Ayah dia pegi convo Makde. Abah takde plan nak pegi mana2... stay kat mana2 sebab ni lastminute planning. And Ibu hate immediate planning like this sebab nanti Ibu akan kelam kabut mngemas and this is so tiring... ibu perlu masa utk fikir baju, alatan anak,... and all A to Z is on my responsibility. Abah takpe la, just packing baju dia je. Then, due to that Ibu akan kepenatan and Ibu hate that. Before this, for a long holiday, Ibu will take a few days to mengemas baju dan barang and Ibu akan ada list so tht takda barang yang tertinggal. Disebabkan itu Ibu terpaksa menolak untuk ke KL walaupun Ibu berat hati tengok Ariff, Aisyah dan Abah je ke KL. Then Ibu balik rumah TokMek. 

So, during in KL Abg Ariff and Kak Aisyah went to Zoo Negara, if u still can remember.  And Alisha and Aliyah playing with cousins.. and she really enjoyed tht moment so much.





This morning, Ibu bertolak dari umah Tok Mek and Abah dari rumah kita. 

Cant wait to see u after works. 


Thursday, November 22, 2018

Ariff kena refer to HRPZ. Big Why??

Pagi ni sebelum mula kerja, tiba2 ada wasap dalam group kelas Ariff. Cikgu Ariff post gambar ni.

Ibu dah terkejut. Kenapa Ariff kena refer HRPZ? Selama ni Ariff tak sihat ke? Ibu takde la tunjuk kepanikan Ibu dalam group wasap kelas Ariff tu. Tapi Ibu cuma risau la... kenapa dengan anak aku selama ni? Ya Allah Ariff ada penyakit apa plak ni??

Tadi dalam dewan masa sambutan Maulidur Rasul pun Ibu takleh nak fokus mana dgr Ustaz bagi takirah. Ibu lebih duk fikirkan Ariff je. Mohon jauhkan Ariff dari penyakit2 yang merbahaya. 

Lepas ceramah, terus Ibu pergi sekolah Ariff. Nak jumpa Ustazah Rokiah. Tapi Ustazah Rokiah pun tak tahu kenapa sebab dia pun tak baca kandungan surat reference tu. 

Ibu suruh adik praktikal kat tempat kerja Ibu tanyakan kakak ipar dia yang keje doktor. Tapi bila ibu baca yang MO tu tulis,dengan tiada ilmu perubatan.. Ibu rasa macam takdela berat mana pun. Undescended testis. Tadi adik praktikal tu dah respon, kakak ipar dia cakap, kes Ariff ni telur tiada dalam sarung testis dan biasanya kena operate. Tak bahaya. Fuhh... walaupun still kena operate Ibu still bersyukur masalah Ariff ni tak besar mana pun. Alhamdulillah... syukur Ya Allah
Ini cikgu kelas Ariff. Suh bergambar dengan Ustazah Rokiah memandangkan hari ni last day sekolah. Ni la cikgu awak masa darjah 1 tauuuu... Ingat2 la jasa cikgu mengajar awak, Ariff! 

Itu je cerita ibu di hari Khamis ni. Sekian. 

Wednesday, November 21, 2018

Cerita tentang Tok Ayah dan Tok Mek, Ibu dan Abah

Ibu just had a fight with abah this evening.

Then, simultaneously ibu teringat kat Tok Mek dan Tok Ayah kat kampung. How close and how sweet they are. Tok Ayah next two days will be 70 years old and Tok Mek now is 59 yrs old but they still sweet and close, really care to each other, sharing story to each other, and they are perfectly match. Their marriage almost cecah 40 yrs..

At that age, Ibu truly happy and blessed tht they still healthy even sometimes not feeling well. They still strong to go to masjid and join religion ceremony, and Tok Ayah still repair motorcycle and every weekend go to kebun or ladang utk meracun or menebas. Tok Ayah really active. Tok Mek easily get tired bcos she has a diabetes.

At this moment Ibu very grateful and thankful to Allah tht my parents is still healthy and Ibu just doa tht they will always healthy untill their last breath. Ibu know, time for Tok Ayah and Tok Mek already short. Ibu just really pray for thier long life. And  ibu really want to spend as much time with them, make them happy.

Even right now umur ibu will be 37 yrs old and already had 4 kids but still need them as much u all need me. Tok Mek still treat ibu like a kid.

How ibu wish ibu can be like Tok Ayah and Tok Mek. But our marriage is so green, still less than 10 years. 

Anak2, whatever will happen between Ibu and Abah, will give u an impact. Ibu knows.. but Ibu will bertahan as long ibu can. Whatever happen is not because of ibu or because of abah. But it because of us. There must be a reason why Allah bring us together as a husband and wife. Ibu never regret but..... if ibu can turn back time, Ibu will avoid from get close to your father. At the beginning, Ibu already told him that Ibu not interested to know him and Ibu dont want to have any special relationship with him. 

The only things that can make me sad and tired is your father. 

Financial and workloads never make me stress or tension. But ur father did. 

Kids, just remember that Ibu loves all of you with all my hearts. I love u all to the moon and back. 


Monday, November 19, 2018

We do need money. But money is not everything.

Sudah kita lupakan pasal bebelan tadi. Ibu nak posting pasal topik lain pulak. 

You know kids, akhir2 tahun camni sibuk ada jualan murah sana sini. Currently ada sales Black friday for those yang suka beli barang2 branded dr overseas. Ibu pun suka shopping kalau ada ada duit berkepok2. But, currently my money is really for our necessity only. Ibu have to save for Aisyah and Alisha school fee 2019, and also to buy Abang Ariff's preparation for school. We need to use a lot of money soon. 

Then Ibu also want to setup saving acc and monthly deduction in Tabung Haji for Aliyah because she the one who still dont have Tabung Haji acc. Then Ibu in plan tu set up SSPNi for Abang Ariff before next year. 

So, ibu pendamkan je la minat dan hobi ibu yang suka shopping. Besides, keperluan ibu semua dah complete. Kehendak ibu also dah ada semua, mungkin dan berlebih2 dah. Kalau nak ikutkan nafsu berbelanja, selalu je tak cukup. Ade je nak beli itu dan ini. Tengok macam lipstik ni, mentang2 ada duit memacam ibu kale ibu beli...last2 ibu duk guna lipice je. Ni pun dah banyak ibu bagi makcik dan tokmek.
Ni pulak kasut2 yang dibeli yang masih tak dipakai. Sebabnya ibu terbeli saiz yang besar. nak kena tunggu Abang Ariff dan kak Aisyah besar dulu baru boleh bagi kasut ni. Kasut ibu tu ibu plan nak jual sebab tak selesa dipakai. Ini antara barang2 kehendak ibu yang dibeli ketika duit agak berlebihan. Membazir je kan. 

Ibu perasan, anak2 ibu semua suka berbelanja. Mungkin dah terbiasa keluar shopping barang rumah, boleh amik je apa yang nak. Dah terbiasa bawak u all pegi 7E or convenience store or kedai runcit bagi je u all amik apa u nak. Tapi ada certain2 jugak bila u all nak amik barang yang mahal.. mmg ibuabah tak benarkan. The u all mengikut jek. Mungkin u all kecik lagi kot. Senang nak dipujuk tukar dengan benda lain. 

And kids please remember.. belanja biar berpada2 ok. Kita bukan datang dari keluarga hartawan. Diaorang duit tak habis guna tujuh keturunan. Kita pulok, kena berhempas pulas kerja nak cari duit and sometimes do extra job plak nak dapatkan duit extra ye anak2. 

Ibu perasan Abang Ariff suka sangat membeli dan abang Ariff tak cermat. Alatulis sekolah tiap hari hilang. Kaler setahun ada dekat 10 kotak beli.. Duit poket sekolah bukan beli makanan. Tapi duk beli bukan2 and lastly buang macam tu jek. Ariff memang tak beringat kalau membeli. Padahal masa ariff kecik2 dulu dia sangat sayang barang2. Tak tahu la nape Abang Ariff berubah.

Memang duit tu penting sangat but money is not everything. Jaga hubungan dengan Allah, InsyaAllah kita akan sentiasa rasa cukup. Ingat orang yang tak bernasib baik. Sedekah jangan duk tunjuk2 kat orang. Biar kita dengan Allah jek. InsyaAllah anak2 ibu akan rasa duit tu sentiasa cukup. 

Ibu berleter sikit pagi ni

Anak2..

Ibu nak berleter sikit pagi ni. It wasnt about u all. About other people but please take a lesson ok?

Yesterday, ada seorang hamba Allah, tanya Ibu... perasan tak muka cucu dia kat gambar senget. Ibu tengok biasa jek. Then dia cakap, dekat gambar satu lagi pun muka cucu dia nampak senget jugak. Ibu still cakap, mana ada senget. Mungkin  tekni ambik gambar kot yang sebabkan muka cucu dia senget. But she kept repeating yang muka cucu dia senget. 

Ibu tak tahu nak cakap apa. Then ibu cakap, orang tak perlu nak risau muka senget tapi sihat sejahtera. Yang orang perlu risaukan kalau cucu tu ada penyakit ke apa. Benda yang remeh camtu takyah duk besar2kan. Yang penting sihat tubuh badan tu yang kita nak. Ingat ye anak2.. kita manusia tak sempurna. 

Anak2 ibu pun ada kekurangan masing. Ariff gelap. Mata Aisyah sedikit juling. Alisha hidung tak mancung. Aliyah ibu tak perasan lagi. Ibu sendiri pun hidung pesek. Abah pun ada kurang dia. Tapi Ibu tak bising2 kat orang. Anak2 ibu kurang sikit takpe. Yang penting, anak2 ibu sihat tubuh, cerdik dan pintar. Selain itu Ibu nak anak2 ibu berbudi bahasa dan hormat orang tua. 

Luaran tak mencerminkan dalaman kita ye anak2. Please take note. Geram jugak ibu. 

Sunday, November 18, 2018

Cerita hari ni

Hai anak-anak ibu yang disayangi...

Hari ni bang Ariff cuti sekolah sempena cuti peristiwa.  Tak pasti ibu peristiwa apa yang berlaku kat sekolah Bang Ariff. Jadi, dihantar aje Bang Ariff ke rumah nenek sebab ibu kesian tengok dia kat nursery tanpa apa2 aktiviti.

Sempena abah pegi hantar bang Ariff ke rumah nenek, Ibu bertanggungjawab untuk menghantar Aisyah dan Alisha ke sekolah. Dalam kereta, masing2 request nak beli donut. So, berhentila ibu dengan terkocoh2 membeli donut untuk anak2. Dapat bonus nasi himpit lagi sebungkus sorang. Mujur baby Aliyah tak nangis. Kak Aisyah terus makan nasi himpit dalam kereta.

Subuh tadi, Ibu tersedar sebab dengar Kak Aisyah mcm merintih2 sebab dia kencing. Jadi Ibu kejutkan abah tengokkan Aisyah. Dalam hati ibu. " Kencing lagi.. baru je semalam bentang cadar baru. Dah la sekarang ni musim hujan. Nak membasuh pun kena pilih2 hari tau". tapi abah cakap Aisyah tak kencing pun. Mungkin dia ngigau la tu. Baru lepas tu jam loceng ibu bunyi. Tupun dan pukul 6.10 pagi. Lewat. Biasa jam bunyi pukul 6. Aisyah bangun basuh badan, salin seluar terus sambung tidor. Kemain selimut satu badan.

Anak2, hari ni ibu dapat pelajaran baru.

Jom kita amalkan

Sunhanallahiwabihamdih 100x sehari - dosa2nya akan dihapuskan walaupun sebanyak buih dilautan

Surah Al Mulk 1x sehari - Dapat melepaskan azab dikubur

Surah Qul HuallhuAhad 10x sehari - dapat bangunan/rumah/ perlindungan di syurga

Jomla anak2 kita sama2 mengumpul pahala untuk hari Akhirat kita. Ibu takde tinggalkan harta benda untuk anak2 ibu. Ibu cuma mampu tinggalkan pendidikan survive di dunia dan sebagai bekalan di akhirat kelak. 

Kak Aisyah dah berjaya cabut gigi pertama dia tanpa perlu ke klinik gigi. 

Alhamdulillah. 




Hujan Pagi

This morning hujan sangat lebat. Selebat2nya bila Ibu sampai kat pagar sekolah Abg Ariff and at the same time Baby Aliyah was crying so loud. Ibu had no choice. Ibu just left Aliyah in the car and accompanied Abg Ariff to the school with payung.

Baju Ibu basah lencun. Then ibu pegi hantar Aliyah kat nursery. Ibu felt really grateful that Allah make everything easy for Ibu. First, Ibu ada kereta and we a save from hujan and panas. Then, nursery Aliyah ada awning, so we didnt get wet. And Alhamdulillah, Ibu managed to arrive by 8am at the office.

So, right now, hujan dan stop. Alhamdulillah. First day of work for this week. Of course la ibu tak buat keje lagi. Ibu managed to update my akaun, my hutang piutang and all relating to money. Money matters gituww. Actually kids, money really matter in our life besides of love.

posting ini telah di taippada hari Rabu 14.11.2018


Thursday, November 8, 2018

Hi kids

Hi kids....

Starting from now on, Ibu will write based on perspective of a mother. 

Enjoy reading. Yang mana yang baik, jadikan panduan. Yang mana yang tak baik, just ignored ok???

Love u all. 

Ibu. 

Last day for AKAK, starting day for IBU

Petang semalam. Lagi 3 minit nak balik. Akak mencuri masa skit akak nak membebel. Then akak sambung lagi pagi ni selepas bacaan yasin. Every Thursday we recite Yasin before we start doing our works. 

Alhamdulillah. Akak dah sampai KPI akak and doesnt mean akak boleh rilex2. Akak masih buat keje. Akak lani tengah siapkan fail untuk tahun depan. Actually kalau file yang susah2 akak kena take a bit long time jadi kalau nak keluarkan 2 file sebulan ( fail yang susah) agak mustahil la. So, why not akak struggle awal sikit...

Akak nak bercerita. 

Tiba2 akak teringat majlis persaraan pengarah akak semalam. Semasa ucapan pembukaan, dia sebut sengsorang nama pegawai yang dia ingat... Of course la nama akak tak disebut even akak duk depan sekali. 

Throughout of my life,as I can remember... akak tak pernah jadi favourite sesapa. Never got any limelight from anyone. Bos ke, cikgu ke, lecturer ke or even kawan2...so apatah lagi pengarah. They were never notice akak. Akak kind of people who is very low profile, try to avoid any limelight and it maybe because of my personalities as well...

Pernah akak ingat.. during one perhimpunan staff kat dewan and akak sat at the first row and the director that time sat on the stage facing us. Then the majlis went very well and akak perasan that pengarah tengok kat akak then dia bisik dengan orang sebelah dia. Akak not remember dah sapa. But long after the majlis, ada kawan akak sampaikan... dia cakap. Pengarah tanya, akak ni siapa. Sebab dia tak penah nampak akak before. See?? how pathetic kan akak ni...

To be honest, sometimes akak rasa down jugak when akak actually orang tak perasan pun... akak ada ke takde sama saja. 

But I always persuade myself. Just be myself tak payah pretend and try to be like others. There are the strenghs and goodness behinds that. 

And after this akak will changed the panggilan AKAK to IBU. Just hoping my kids will read this blog when they grow up anf I want them to know what I feel inside taht I never told them. 

Sunday, November 4, 2018

Cerita akak untuk minggu ni

Akak rasa my life lately is a bit kucar kacir dan berterabur. After the phase of anak2 tak sihat, then akak nak catch up balik dgn apa yg akak tertinggal..so camni la jadinya akak. A fews days ni asyik bangun lambat. Then baby Aliyah is very very clingy. Dia boleh main dgn abang and kakak2 but if she saw me, terus dia tanak main dan mencari2 for akak. Hmmm... this week akak supposedly tak masak and focus on tidy up my house but for this two days; Friday akak masak for my MIL who got injured due to accident. Akak masak at rumah then we went to eat at MIL's house and we stay there until 10pm. So, on tht day akak do nothing and today husband and kids going back to MIL house and almost 12 anak2 kept telling tht they were hungry. Akak cepat2 masak nasik lemak cos akak tanak kids balik dgn keadaan lapar and not sure ada makanan ke idok kat sana. After kids and husband beredar, akak mmg tak dapat buat apa2 sebab Aliyah mmg menempel aje dgn akak. Bila dia tido akak tinggal je, tak sampai 5 minit terus dia jaga. Gerammmm... ingtkan nak minum hot coffee sambil makan coklat depan tv. Memang takde chance... and resultnya, umah akak tak berkemas la minggu ni.



Wednesday, October 17, 2018

Kiamat sudah hampir

Assalamualaikum.....

Banyak akak nak luahkan kat sini. Akak not a good Muslim. Akak dalam proses memperbaiki diri lagi. Akak masih tak bersedia untuk mati sebab akak tak tahu bila ajal akak akan datang dan akak beranggapan mungkin akak akan hidup sampai tua.. menikmati hidup dan berpeluang tengok anak2 membesar. Sesungguhanya akak amat bahagia tengok keletah anak2 yang sedang membesar. Sampai akak penah terdetik ' alangkah bagusnya jika masa terhenti di sini... anak2 akan sentiasa menjadi anak2, akak pun tak akan tua... '. Tapi tu mustahil kannn. 

Akak tahu kiamat akan datang. Disebabkan akak tak tahu bila dan akak tak ambik tahu tentang kiamat, so.. akak takde la heran sangat. Akak selalu pandang enteng dengan kedatangan hari kiamat. Walaupun di luar pengetahuan akak, tanda2 besar kiamat itu sudah muncul. 

Akak mula ambil tahu pasal hari kiamat semenjak akak terbaca tentang ramalan kemarau panjang akan bermula pada tahun 2019 hingga 2021. Terus akak tersentak. Ya Allah... kiamat sudah dekat sangat dan mungkin akak dan anak2 akak adalah umat Nabi Muhammad yang malang kerana bertemu dengan kebinasaan hari Kiamat. Akak terus search dalam utube tentang hari kiamat.. tentang turunnya dajjal. Masha Allah... Akak terlena selama ni. Seluruh dunia sudah bersiap2 untuk menyambut dajjal. 

Akak tak pernah hafal sural Al kahfi. Akak tak pernah baca doa untuk mengelakkan fitnah dajjal. Akak jahil.

Kalau betul tahun depan sudah kemarau.... tak lama sangat dah. Beberapa bulan saja lagi, Allah akan sekat hujan dari turun ke bumi. Akan berlaku kebuluran, pertelingkahan, dan macam2 bencana lagi. Astagfirullah'azim....... 

Akak terus terbayangkan anak2 akak yang kecik ni. Bagaimana keadaan mereka jika kemarau panjang. Sumber makanan tiada. Akak tak kisah kalau akak sendiri. Tapi akak sebak bila terkenangkan nasib anak2 nanti. 

Akak seriously takut. Ya Allah, lindungilah kami dari azab siksaan kubur, dari azab siksaan neraka jahannam, dari fitnah hidup dan mati dari fitnah masih ad-dajjal. Amin



Wednesday, October 10, 2018

This is what I feel.....

Ahkak nak membuat luahan perasaan. It is not  about akak. This what I feel about other people.

U know, when u are working in an organization or company or even u are staying in a society... u have to stay with other people. Either many people or less people depends on the size of the organization. U have to compliment to each other to complete the working process. U cannot do it alone. Or else u are working by urself at home whereas u dont have to meet poeple and can do ur work alone... But for an example akak working in a pejabat and even akak boss pun ( sebagai contoh ye..akak bukan boss pun) I cannot do the job alone without help and assistance from my subordinates. Can u see the picture that akak try to convey here??  We are meant to compliment to each other no matter what is our position. So, when the organization in organized well automatically the people inside it will be well organized to. They will be positive and happy working and able to work in a harmony and nice ambiance. Every day we start our day with big smile... feeling calm and... pendek kata sangat selesa in doing our jobs like we cant wait for tomorrow. 

But what happen if we have the person who out of the circle? Simultaneously it become like a dark little dot in a cup of milk. The nice and the beautiful look of the milk will be ruined. That is  how I can potray about when we have this kind of people around us. Akak bukannya bagus sgt but akak try to be good with all my heart. Buttt.... dont expect other people will be positive and always try to be good like us.. Dalam setiap kesempurnaan akan ada sedikit cela. 

Back to the organization / department that akak mention before. 

Akan ada jugak orang yang pentingkan diri sendiri. Tanak berkongsi kelebihan yang ada pada diri dia. Biar dia sorang je yang tahu keje tu. Bila dia MC, tergagau2 orang lain tak tahu kebenda tntg keje orang tu bila disoal oleh bos. Maksudnya orang lain tak tahu langsung dan tak boleh nak tolong backup orang yang MC tu sebab mereka tak pernah diberitahu dan mungkin mereka tak cuba ambil tahu tntg proses kerja orang yang MC. Sampaikan PC tu siap berpassword bagai dan takde sesapa boleh buka PC dia kalau dia cuti atau MC. Why not sharing?? 

Akan ada orang yang suka laga-lagakan orang. Dia tak suka orang tu, dia citer kat kite kisah2 buruk pasal orang tu so that kita pun tak suka sama orang yang dia tak suka. 

Suka amik kesempatan. Dia nak tahu pape maklumat dari kita or nak minta tolong kita. Dia mula la nyendel2 buat2 baik dengan kita sebab nak korek rahsia dari kita. Dia rapat dgn kita for her good jek la. Bila takde kepentingan tak pedulik2 pun pasal kita kan. 

Ada jugak suka make fun of other people macamkan dia tu perfect sangattt.. Dia make fun of us sesama geng dia jek. So disebabkan kita bukan apart of his/her gang, maybe kita tak tahu la. 

Akak observed that. Maybe akak also included in any of these situations akak tak pasti la. 

But top of all.... thts not good. 


Monday, October 8, 2018

Aliyah dah mula makan

Aliyah is now stepping into another progress. Ahkak already introduced her to solid food. Cuma akak tak sempat la ambik gambar the moment and how was her face when mula merasa bubur nasik sebab abang dan kakak2 sibuk duk kerumun and interview akak. They all were so excited to see Aliyah had her first food. Mana la dan akak nak captured gambar bagai. Lagi la Alisha sekarang pantang tengok hp. Padahal hp akak tu bukan ada games pun. Youtube pun akak disablekan. Ntah apa yang dia belek kat hp akak pun tak tahu...

Untuk first 2 days, akak masak bubur nasi kosong je. For the beginning tak perlu nak introduce dia dgn rasa manis masin tu dulu. Biar dia biasa dgn tawar..then lama sket boleh slowly nk tambah rasa ikan bilis dan manisnya buah. Takutnya awal2 dah introduce dgn rasa manis... kot nanti dia tanak makan tawar dah lepas2 tu...

And this morning akak prepared bubur nasi + carrot. Insha Allah this weekend kalau sempat akak nak sediakan serbuk ikan bilis dan serbuk beras lak. Untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa akan untuk sediakan bubur nasi everyday.


Wednesday, September 26, 2018

Ariff is not around

Last week in September.

No audit case closed so far.

My life a bit berterabut lately. I dont know why.

Yesterday morning, before went to office. I went to the car to load the bags. Shocked to see the mirror was broken and retak seribu. Hmmm.... terbayang2 duit terbang keluar dari poket. Positive. Maybe Allah tarik rezeki aku sebab aku kurang memberi kepada orang lain. Hmmmm... Akak dah terguna duit poket tht akak supposed to give to my parents. Patutla...

Ariff was in school holiday this week because the standard 6 students are facing UPSR. Akak tanak dia boring stay kat nursery so akak posted dia balik kampung. Walaupun berat hati akak sebab akak risau dia akan kacau Tok Mek dan Tok Ayah but akak have no choice. Akak risau sebab bila dia jumpa sepupu dia, dia cannot be controlled. Automatic akan jadi tak dgr cakap... tanak mandi... nak main je all the time... tanak makan.... biasanya camtu la dia bila jumpa kawan. Dgn akak pun dia tak kisah sgt...

And the terrible part is Aisyah is missing Ariff very very much. First night when Ariff was not around, Aisyah kept cying nakkan Abang Ariff. Dgr aje nama Ariff terus nangis. The second day she already ok and calm but kept asking bila Tok Mek nak hantar abang Ariff balik. Akak terpaksa menipu sunat cakap nnti Tok Mek tak larat nak hantar bang Ariff sebab rumah Tok Mek jauh. Nanti Tok Mek larat, Tok Mek mari hantar,. And surprisingly, alasan akak was acceptable.

When Ariff was not around, my house be a bit sunyi because the one who always make noise is Ariff. Dia la yang suka ngacau adik2. Dia la yang suka buat Alisha nangis sebab dia main kasar. Adik2 semua girls manja2 plak tu. Memang bingit je dengar budak2 pompuan tu nangis. The girls apparently nampak calm la.. main sesama dorang senyap2 jek. 

Petang esok nak balik amik Ariff walaupun dia dah pesan dtg amik dia hari Sabtu.